Birthday/AJL 24

Last Sunday (10th Jan) was my husband’s birthday and mula ingat nak lepak-lepak kat rumah because we didn’t plan anything. We planned to have dinner next week as malam nie I nak tengok AJL but when we on our hp, we received sms and missed call from anak buah tanya ada nak pegi mana ke. Then dorang bagitau nak celebrate birthday husband I and cousin dorang which selang sehari from each other, my husband 10th and Yan 11th. Dorang ajak Karaoke, I bukannya suka pegi tempat-tempat macam tu dengan bau rokok dan aircond yang sejuknya but since anak buah punya perancangan takan both of us say no pulak lagipun kita orang sayang kat dorang semua.

Tengahari tu tiba-tiba rasa sakit perut yang amat. Sudah...I start “membuang”, habis je terus rasa letih and cepat- cepat makan ubat. Nasib baik la Karaoke tu plan pegi around 5.00pm. I sempat la take a nap for about 10 minutes. Bangun je dah kelaparan but I tak berani nak makan apa-apa sebab takut nak “membuang” balik.

Around 5pm kita orang bertolak dari rumah and sampai-sampai dorang dah ada dalam bilik. Si Abang order pizza hut and dorang dah mula nyanyi. Dorang pujuk dalam paksa I nyanyi..ish tak mo la... suara I tak sedap and tak dapat tarik tinggi-tinggi maklumla I kan penyanyi R&B aje hehehehe... mana ada nyaring-nyaring hehehe.. Si Abang bukan main lagi menyanyi siap pejam-pejam mata, dengan tangan-tangan and bediri lagi. Aiza yang memang suka menyanyi tak melepaskan peluang and suara dia sungguh merdu serta nyaring. Bagi la lagu apa semua dia boleh sapu. Then it was my time, I bagi macam-macam excuses, I kata sakit perut la, tak tau nyanyi. Dorang kata tak kira, sesiapa yang ada dalam nie kena nyanyi. Sudah.

Ndak tak nak I kena jugak nyanyi so I pilih lagu well... who else Sheila Majid.. title Dia.. bedebom! Haha... Bila nyanyi tanpa mike boleh pulak tarik but bila nyanyi guna mike/karaoke memang out. I mintak Aiza tolong part chorus sebab suara I tak boleh naik. Habis je nyanyi I rasa sungguh lega. Husband I kata..wah suara sedapnya.. dia saje je nak ambik ati I :P. After about 2 hours kita orang pun balik. Oh yea.. husband I pun kena paksa nyanyi jugak, OMG I laughed like hell..sebab dia nyanyi macam orang baca suratkhabar tulisan jawi (merangkak-rangkak)... hahahahahahaha....

AJL 24

Habis aje karaoke, cepat-cepat kita orang balik sebab tak nak miss AJL 24. The only program on tv that I wouldn’t want miss it for the world (untuk local). Sampai rumah mandi cepat-cepat and terus I duduk depan tv. I tak nak comment banyak-banyak sebab tak ada pun yang I nak comment other than I was so happy with the result and all the singers/performers malam tu. Show yang sungguh hebat and semua penyanyi bagi all out. I suka dengan AJL sekarang nie especially right now sebab menampilkan/memilih penyanyi muda, baru yang fresh dan bertenaga. Dan yang paling penting memiliki suara yang sedap dan lain daripada yang lain. Tak la muka yang sama macam M. Nasir ke Jamal Abdillah ke or Siti Nurhaliza tu... bosannn... dah la genre muzik tak berubah and outdated!

Anyway, best best sebab semua favourites I were chosen even Black yang I tak minat pun deserved to win sebab vocal dia memang power. As for Aizat lirik, lagu, suara dan persembahan dia for lagu Pergi memang superb! Same goes to Yuna and Faizal.. Congrats to the winners and for those yang tak menang (penyanyi, composer and penulis lirik) you all are still the best cuma luck untuk mengondol apa-apa kemenangan was not on their side.

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku