Friday, January 22, 2010

Untuk Makluman Encik Nakkal @ Beskut


Untuk pengetahuan Encik Nakkal, di atas adalah Mesin Jahit Tepi BUKAN Mesin Jahit Lurus. Beberapa bulan yang lepas saya telahpun meng upload/posted mesin ini di blog saya yang lama semasa baru membelinya dulu. Mungkin Encik Nakkal telah lupa, tapi tidak mengapa kerana saya dengan berbesar hati dan penuh gembira menjelaskan kekeliruan Encik Nakkal itu. Mesin Jahit Tepi seperti yang telah diketahui umum hanya untuk mengemaskinikan kain yang telah digunting agar tidak terburai dan benang kain tidak terkeluar dengan sewenang-wenangnya.

Kegunaan Mesin Jahit Tepi adalah amat jauh berbeza dari Mesin Jahit Lurus (gambar telah saya posted/published beberapa hari yang lepas) kerana seperti yang telah saya terangkan tempoh hari, Mesin Jahit Lurus hanya untuk menjahit apa-apa jenis design/pattern yang lurus sahaja, contohnya langsir, cadar tilam dan sebagainya (baju, seluar semua boleh janji lurus). Sementelah, nama pun Lurus. Selain daripada itu Mesin Jahit Tepi menggunakan tiga benang, iaitu untuk bahagian atas, bawah dan di tengah sementara Mesin Jahit Lurus hanya memerlukan satu benang sahaja. Mesin Jahit Lurus juga boleh digunakan untuk menjadi leather/kulit dan juga kasut. Mesin Jahit Lurus juga adalah mesin yang tahan lasak dan kebanyakkan digunakan di kilang-kilang untuk membuat/menjahit pakaian. Seingat-ingat saya tiada syllabus atau nama lain dalam bahasa melayu bagi mesin-mesin yang telah saya jelaskan disini.

Diharap dengan penjelasan ini tidak timbul lagi kekeliruan Encik Nakkal terhadap mesin mesin yang saya telah ada. Dan ini bermakna saya ada 3 mesin, Mesin Jahit Lurus, Mesin Jahit Tepi dan Portable Mesin brother itu. Sekian, terimakasih. :)

1 comment:

Anonymous said...

ops!
blushing
paiseh

huhuuhu

-nakkal-

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...