Saturday, March 27, 2010

Ke Klinik Untuk Yang Ketiga Kalinya

I went to the clinic... again today. Termasuk arinie 3 kali I pegi dalam jarak yang terdekat. Masa last Friday I kena flu/bersin/sakit tekak etc. A few days back I kena gastric and today I kena cirit birit. OMG, lepas nie apa la penyakit pulak.. Pagi-pagi tadi I rasa perut semacam then I pegi “bilik kecil idaman kalbu itu”. Wah tekejut sebab cir bir. Ingatkan sekejap je. Then I breakfast which acara yang paling jarang I lakukan adalah dalam setahun 2 3 kali unless I breakfast kat hotel memang I melantak hebat. Habis je breakfast which consisted milo panas and two slices of white bread yang I sapukan dengan lupark salted FULL FAT hehehe... xde dah nak control-control low cholesterol ke fat free ke or unsalted ke.. boleh jalan dengan itu semua muahahaha.. Then I rasa semacam je perut I, sambil tu I kentutkan merata-rata tiba-tiba I rasa macam lain macam je kentutan yang terakhir ini. Tak ada la I terencet kalau tak abis I kena kutuk dengan Mr Gopalan Kundusamy itu. Sempat jugak member gelakkan I masa I belari anak (cewah) ke bilik kecil itu. Sah I cir bir lagi..

Husband I keluar sekejap nak cuci kereta and tapau makanan sebab dia tengok I macam tak sihat aje. Lepas mandi, I baca balik buku I and then kita orang makan. Lepas makan I rasa semacam aje, sambil tu husband I bukak cerita tamil.. dia pasang kuat-kuat sambil pujuk I tengok sekali. I buat tak tau kang menjadi orang tua tu. Then I told him, I think nak kena pegi klinik la macam nie sebelum I melarat and non-stop cir bir pulak, well memandangkan I baru lepas makan.

Sampai ke klinik, nurse situ senyum-senyum kat I, yela.. dalam seminggu nih, 3 kali dorang jumpa I. I kata lepas nie tak tau la akak sakit apa lagi. Dorang kata minggu melawat klinik kak hehehe.. Lepas jumpa doctor and nak ambik ubat, I tengok kenapa doctor nie kasi I ubat gastric yang macam ari tu. I kata kat nurse tu, I cir bir bukan gastric then dia jumpa doctor and I dapat ubat cir bir. Apa la doctor nie, I think dia salah dengar sebab I yang extra peramah nie bersejarah dengan dia akan kedatangan I sampai tiga kali and menceritakan serba-serbi akan kesakitan I itu. I think dia dengar and terlekat kat gastric tanpa mendengar butiran lanjut tentang cir bir I nie.

On the way nak balik rumah, sibuk la husband I discussed sedikit cerita tamil yang dia tengok sambil gelak non-stop, kelakar giler..., I yang sakit perut bertambah-tambah sakit, stress I. Balik rumah I rasa panas and seram sejuk semacam aje. Then I teringat ada sorang pompuan pakai baju sejuk nampak pale semacam je...Adakah I kena jangkitan dia? Sudah, takan la nak demam pulak huhuhu... Nak kena complete kan jugak ke penyakit I nie, aritu selesema / flu / sakit tekak and then gastric and now cir bir and lepas nie demam ke? Dahla next week plan nak pegi a short trip ...mummyyyyyy... waaaaaaaa....

No comments: