Wednesday, March 24, 2010

Ke Klinik Again

Petang semalam masa husband I baru balik kerja, mem ini yang tengah berbaring bagai orang yang telah nazak tetapi sempat menonton CSI Miami (latest season) back to back kat Tor telah meng “order” sang suami untuk memotongkan beliau limau Sunkist. Husband I tanya, eh boleh ke, knowing how my perut are. But since mem ini selalu "buat-buat lupa" bab bab melantak ini, tanpa menginjakkan mata dari Horatio hanya menganggukkan kepala. Selepas limau Sunkist yang di belah berserta dengan serbuk asamboi sampai, apalagi I belasah dengan semahu-mahunya, manis la pulak limau ari nie.

Kurang sejam kemudian, tiba-tiba I rasa perut I semacam aje, rasa cramp kat sekeliling perut I. Tak lama kemudian I dah mula sendawa dan berkentut halus. Then perut I bertambah-tambah sakit sampai terbongkok. I baru teringat sebelum belasah limau sunkist I terlebih dahulu makan yoghurt perasa strawberry. I think combination yang cukup lethal kot? Husband I cepat-cepat buatkan I milo sambil tu I mengerang-ngerang kesakitan. Husband I yang memegang berbagai-bagai watak telah menjadi ustaz membacakan berbagai-bagai ayat sambil memegang perut I dan beralih seketika sebagai tukang urut di rumah urut Ah Tong untuk mengurut belakang I. I pulak menelan sikit angin untuk memberi effect bunyi sendawa dramatik.

Then dia ajak pegi klinik, walau I malas nak pegi, knowing how doctor kat situ yang cuma check tak sampai seminit and terus assume I sakit apa. Selepas meletak vicks kat perut kami berdua pun berangkat around 10pm. Tak lama kemudia doctor yang nak macam pegi pasar ikan berserta dengan bag recycle nya datang. I sebenarnya tak berapa bekenan dengan doctor nie sebab dia cincai je bila check. Lepas masuk bilik doctor, true seperti yang I katakan, dia cuma letak stethoscope (setengah mati mengoggle) kat perut I. Sempat I cakap, doctor I baru sapu vicks kotor your steth. Doctor kata tak pa dia boleh lap. Then I bagitau I makan apa and that’s it. See I told you sekejap je dia check. What if kalau I sakit lain kan? Sebelum tu I sempat mintak ubat selesema sebab masa I pegi last Friday (klinik sama, doctor lain), doctor lain cuma bagi vitamin c, antibiotic, ubat sakit tekak dan untuk gurgle aje. Doctor nie kata tak payah, dia suruh I abiskan ubat angin, gastric and antibiotic (jenis lain) yang dia bagi. Masa nak ambik ubat I tanya kat assistant doctor nie, antibiotic mana satu I nak makan sebab ada dua jenis. Dia suruh I makan yang antibiotic gastick nih.

On the way nak balik seperti biasa penglipur lara I mula bercerita, next time la I cerita apa yang dia cerita but kita orang pusing-pusing ambik angin malam. Sampai rumah I mandi lagi sekali walaupun I baru mandi about an hour ago. Sebabkan kalau balik dari klinik ke atau mana-mana walau sekejap aje I mesti mandi balik and tukar baju dan segala-galanya baru eventhough I baru lepas mandi. Habit yang I sukar nak buang. Around 1.30am I tidur tapi tersedar around 4.30am, perut I rasa sebu-sebu kembung. Around 6am I terus bangun sebab rasa nak muntah. Tapi muntah angin je yang keluar sampai I letih dan berpeluh. Then I duduk kat lantai toilet sekejap sambil satu badan mengeletar. After that I sembahyang subuh and waiter tak berbaju itu datang membawa air milo dan roti bakar walaupun I kata I tak selera makan. Tiba-tiba I rasa sayu di dinihari ini. Yela kan, I selalu gelakkan dia and menyakat tak abis-abis. I terus mintak maaf sambil cium tangan dia yang berbau rotibakar itu. Dia kata hari-hari dia maafkan I, sambil tu sempat lagi I mencuit perut dia yang maju kedepan itu...huhuhu.... Ini je la cerita I setakat ini di pagi yang sepoi-sepoi sepi....

2 comments:

fiez^^fiezryn^^fiza said...

di awal pembacaan : terliur bila terbaca penulis menikmati oren beserta serbuk asam

pertengahan pembacaan : tersenyum apabila ada kentut2 halus dan pembaca terfikir, kalau kentut halus haruslah baunya mulus.

perenggan terakhir : hmmmm..... mengapakah waiter itu tidak berbaju.pembaca telah gelak besar pada ketika ini.

Sunguh syahdu di perenggan terakhir itu wahai penulis.. hehehehhheheheheh

Claudia said...

hahahahhahahaha... terimakasih kerana sudi mengkaji akan bait bait ceritaku ini hahahhahaha...jadikan la tesis mu yang agung hahahhaa...

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...