Masakan On The Weekend

Sunday


(Udang harimau masak sambal)

Hari nie I masak sambal udang and sayur kacang goreng aje. Lama dah tak makan udang nie adalah dekat six or seven years ago, sebab husband I ada ghout and I pulak takut cholestrol level naik. And I pun lama dah tak pegi check up..nak kena pegi nanti.

Anyway, since lama tak makan udang or any kind of seafood except ikan, so berselera la kami laki bini membelasah siang and baru kejap tadi. Nyesal masak udang sikit sebab ingat tak abis. I yang tak makan nasi waktu malam telah melanggar janji pada diri sendiri, punya la berselera makan, nasi husband I pun I cilok sikit huhuhu confirm berat badan I naik... susah hati I. Perut I dah la tak nak turun-turun, buat sit up pun tak pernah...ahh.. stress I.


(Sayur kacang goreng)


Saturday
(Laksa Penang)

Hari nie I masak laksa penang, teringin la pulak, malam sebelum tu pegi supermarket siap-siap beli barangan. Daun pudina, limau nipis and daun kesum husband I beli pagi tu jugak sebab malam jumaat kat supermarket dah habis. Mee Laksa tu I beli yang kering. Rasanya, dalam hidup I, this is the second time I buat kot... Sila abaikan rupa timun yang di potong tidak mengikut size yang sekata haha... Masa tengah masak-masak tu terpikir kalau husband I dah tak ada, apa la nak jadi dengan I, bukak kedai jual mee laksa ke kat kampung Daddy..then I pikir, kalau buat kat kampung mesti sedara mara makan free aje kan..nak charge tak sampai ati, lepas tu I pikir kang ada la saingan I yang busuk ati sebab I punya mee laksa nie terkenal and sedap la..alahai... rasa pun tak tau lagi dah perasan pikir macam-macam. I can be mengarut some time.. tah apa-apa tah I nie...

Anyway, bila kuah and semua bahan sampingan dah siap, I tunggu-tunggu mee laksa nie tak lembut-lembut lagi. Semalam tanya orang yang tengah susun bahagian mee nie dia recommend mee kering jenis nie... Oh.. lamanyaaaa... dekat 2 jam lebih tak lembut-lembut, I rebus satu bungkus tu sekali. Husband I siap offer nak beli mee laksa basah. I kata tak apa tunggu la kejap sikit. I and husband dah kelaparan yang amat... Dekat pukul 3.35pm barulah kita orang makan jugak walaupun mee laksa nie tak lembut lagi, liat-liat sikit. Pada I rasanya tak ada la sedap mana, biasa-biasa aje tapi habis kita orang makan and sambung ke malam. Mula-mula risau takut tak abis memandangkan mee satu bungkus I rebus tapi memang dasar nafsu badang...licin abis...

Sekian kisah I on the weekend....

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku