Friday, May 20, 2011

Menonton Dalam "Kenikmatan" Ini

I tak berapa sihat hari nie due to you know la “bestfriend” yang tak pernah miss datang menjenguk I tiap-tiap bulan berserta dengan “kenikmatannya” sekali. So I dah hilang mood untuk berkarya di dapur or to do anything. Jiwa pun “merdu” je ..asyik sedih-sedih wakaka.. benci I tauuu. Since I tak larat nak buat apa-apa (katanya), I tengok series yang I DL la. Mula-mula I tengok AI semi final and final two simultaneously E36 &37. I tak puas hati Hayle tak masuk final two. AI dah jadi contest untuk lagu country la pulak. Dah la tu, makin lama makin bosan AI nie. I can’t wait for the X Factor new season for UK and coming soon to US. Lepas abis tengok AI, I tengok Glee. Dah la jiwa awan terpilu di tambah dengan banyak adegan sedih apalagi, asyik siri berkesat airmata je la I nie. Sedih sangat Glee S2E21 (latest) nih. For the first time in my life I was so sympathy with Sue Slyvester, sebab dia kan bitch yang sangat kejam. Habis Glee, I tengok cerita Grey’s Anatomy S7E22 (latest). Tau je la kalau cerita kat hospital, mesti pasal orang sakit-sakit or matikan, ditambah dengan character and kisah pelakon-pelakon utamanye sekali. Emosi I bercampur baur, ada buat I marah, geram, sympathy, sedih pilu dan membuatkan in love dalam tangisan, you get what I mean?

Lepas habis tengok Grey’s, I terus tengok cerita Desperate Housewives S7E22&23 (latest) simultaneously. Macam Grey’s, emosi I bercampur baur jugak. Tapi banyak adegan or ayat kelakar as usual. Ada jugak part-part geram and sedih at the same time. Lepas abis cerita DH, I tengok cerita Cougar Town S2E20. Sebelum nie kan I never bother to watch Cougar Town nie but lepas I tengok sikit kat astro terus I DL S1 and S2. Aritukan I tengok one by one dari pagi sampai malam. It took me almost two weeks to watch all season and episode until I sampai yang latest. Cerita nie sangat-sangat kelakar, script sungguh mengelikan hati I dan character pelakon-pelakonnya gila nak mampus..hahaha.. Kisah pasal dorang sejiran, memang dorang nie tak ada life langsung. Lepas abis tengok cerita CT, I tengok CSI NYS7E21. CSI NY pun banyak adegan mendebarkan. Then I thought of watching E22, then I decided I better stop sebelum mata I naik juling.

So you see hari nie, I marathon tengok all sort of series while lying around menahan “kenikmatan” ini. Yup, sangat sakit di saat ini. Selera makan pun tak ada. Bila husband I balik, lagi la I menyedihkan diri sendiri. Nak bejalan pun terbongkok-bongkok, padahal masa dia balik lagi tadi boleh pulak I bejalan straight. Then tiba-tiba kepala I pulak gatal, then I mintak dia garukan, padahal masa sorang-sorang boleh pulak I garu sendiri. Pinggang la pulak tiba-tiba macam nak putus, dia la jadi tukang urut I. Masa sorang-sorang boleh pulak I letak bantal kat belakang kan.. alahai.. I nie kan macam-macam la kan. Then masa I kat dapur tiba-tiba I nyanyi sambil goyang-goyang badan oooii…hilang la sakit tiba-tiba, sekali I teringat I masih dalam character and tak mau la husband I perasan kan, I stop cepat-cepat and buat bongkok-bongkok balik wakakaka…

Note : I'm so happy that Rob or Boston Rob finally became the winner of Survivor S21after trying for 4 times.

No comments: