Puasa Ganti Hari Ketiga

(Ikan selar goreng berlada - guna perahan limau dalam masakan)

Today hari ketiga I puasa ganti. Syukur Alhamdullilah.. I was so worried that my gastric would come but it did not.. Thanks for answering my doa and prayer Allah. Macam setazah la pulak kan.. wakaka.. I tak tidur sampai pagi, sebab mata tak ngantuk so as usual and what else is there to do beside main game online. Nak baca buku I malas although I miss it so much. Nak tengok tv pun I malas nak pikir akan plot or whatever kan. So, pagi nie sahur I sorang-sorang je…huhu…yea I’m bersahuring alone. I goreng ikan bilis aje as I tak ada selera maybe sebab makan sorang-sorang kot. Hangus ikan bilis tu I goreng sebab I sibuk bukak tv and tukar-tukar channel Astro. Sambil makan-makan tu, mata ini kejap-kejap tengok pintu bilik tu and I was hoping that si gumuk muncul but it was not to be. Dalam makan sorang-sorang tu, macam-macam bunyi I dengar, I pandang kiri, kanan, jenguk keluar.. mistik la pulak. Tapikan rumah I nie kan ada macam-macam bunyi, although I dah biasa tapi ngeri tu still ada every now and then. For example like this morning, I dengar orang main guli. I sound balik, I kata alaaa..takan nak main guli pepagi nie and terus senyap. Then bunyi macam orang kopak siling la pulak. I peratikan kat tempat yang I dengar bunyi then tiba-tiba senyap. Tapi kepala ini kejap-kejap pandang ke belakang, mana la tau kot kot ada kuku halus mencuit ke kan. Rasa angin sejuk la pulak menyapa bahu and tengkuk I, bila I pandang belakang..alaaaa… tingkap maaa… wakaka...

(Sayur goreng telur dengan ikan bilis)

Lepas sahur I duduk-duduk tengok tv, sesambil tu I masih lagi tengok pintu bilik, kira hope against hope la nie. I masuk balik and tengok husband I tak tutup alarm and tidur dengan nyenyaknya. Then I tutupkan and bila I bukak lampu and solat baru la sleeping beauty I tu bangun. Then I keluar balik tengok tv, husband I pegi kat I and tanya kenapa tak kejut dia, I kata tak apa tapi dalam nada sayu hehe… Dia kata kesian I makan sorang. Untuk menambahkan lagi rasa bersalah kat dia, I kata I buat air milo panas sendiri tapi tak sedap sesambil tu mulut mencebik ke bawah…hahaha…(mimik muka penting yea kalau nak jadi pelakon berjaya macam I). Husband I, urut-urut I kata sorry dengan muka sedih wakakaka… rasa macam nak hentak aje kepala I kat bantal, punya la tak tahan nak gelak. I kata pegi la masuk bilik, nanti I kejutkan bila time nak pegi kerja. Bila dia masuk je, I ketawa tunggang tebalik sambil menekup mulut I kat bantal yang setia menemani I kat sofa hehehe… adik-adik kalau memerlukan tenaga pengajar khusus dalam bidang lakonan nie, you know where to find me. Bayaran berpatutan dikenakan bergantung kepada keadaan perasaan anda tetapi bakat semulajadi adalah asset utama wakakakaa…..

(Pie Tee, Lobak, Mee Jawa and Mee Rebus)

Petang husband I called tanya nak makan apa. Actually, I nak masak something extra special but satu dua bahan tak ada, so I suruh husband I beli the bahan (tomato je) on the way back. Besok I akan masak la yang special special tu, kononnya special. Then dia tanya nak dia beli makanan apa, dia suggest a few, I really don’t know what to eat, I kata beli je la. Husband I beli Pie Tee, Lobak and Mee Jawa kat Little Penang KLCC. As for Mee Rebus tu dia beli kat La Cucur kat ground floor KLCC. Tapi tak hari-hari La Cucur nie jual, ada time time tapikan sedap la dan memenuhi selera I. Anyway, bila dia balik I dah plan nak masak simple aje for berbuka today, I jumpa kat one of buku resepi around. Resepi nie guna chili hidup instead of chili giling yang I selalu beli kat supermarket. Kena blend sendiri with cili padi. Bawang besar yang colour kuning tak ada instead husband I beli bawang merah yang besar so I guna je yang nie. Perut I dah tak senak but cramp sikit-sikit. Its ok as long as I boleh ganti puasa, that is more important. InsyAllah I hope tomorrow I boleh lagi bertahan untuk berpuasa macam hari nie, amin…

Sekian kisah I hari nie...

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku