Melaka Part 1

(Room view in the Jonker Boutique Hotel)

Yuhuu…I kat Melaka at this moment. Sampai, petang semalam and you know masa on the way tu, kita orang terlepas simpang ke Melaka and terpaksa drive terus and masuk simpang Jasin. And as usual this makcik mula la muka masam-masam and mengomel kan, dah la penat, lapar, nak ke ladies and panas lagi. Si supir senyap aje kat sebelah sambil menarik nafas sekali sekala.. wakaka.. kejam betul I. Kalau bejalan-jalan dengan husband I, kalau tak ada apa-apa drama memang tak sah. Sometime I wonder, why such thing no matter how little it was, always happened to a “nice couple” like us..wakaka.. Then kita orang tanya cina lori rosak tepi jalan and kita tak paham apa dia cakap sebab dia pelat kan. Then patah balik nak ke highway, I kata kat husband I jalan terus and when you jumpa sesiapa tepi jalan terus tanya. Luckily ada gerai tepi jalan and pekedai tu, told us to terus ikut jalan Merlimau, sampai traffic light terus belok kanan. Bila dah nampak signboard tulis Pusat Bandaraya Melaka, fuh lega I.. Then mula la I menguntum senyum, orang kat sebelah mula la ajuk-ajuk cakap I masa I marah-marah tadi.. nyampah tau..

(Bathroom - loves this theme colour)

(Bathroom)

(Dinning table kat bilik. Romantic kan)

Sampai kat pusat bandaraya, satu hal nak cari jalan ke hotel nie. Husband I called the receptionist and dorang bagi direction tapi puas jugak la mencari, dengan jam nya lagi. Sampai hotel, wah depan hotel ada pentas merah besar..macam kelakar je. Masuk hotel, kita orang terus order room service tapi order kena turun bawah restaurant hotel and orang tu hantar ke bilik. Lepas mandi, solat zuhur, makan and rehat sekejap. Lepas solat asar I ajak husband pegi Pantai Puteri (nama lama Pantai Kundur). The reason why I ajak pegi situ sebab I baca review kat internet macam best aje. Sampai-sampai je we all tengok remaja-remaja india tengah bermandi manda dengan meriahnya begitu juga la dengan family-family yang berada disitu. The beach is not as nice as I thought it would be and dirty with rubbish strewn around. But well, at least ada la jugak pantai kan. Another reason why I nak ke situ was offcourse la for photography sake. I took lots of pictures and I was so happy. The feeling was ahhh..so sublime. I rasa sungguh seronok. If you can only see my face during those moment. Walaupun berpeluh kepanasan I redahi jua and not to mention the stare from the locals.

(Huge space)

I waited until sunset to capture the heavenly scenery. And it is worth the wait. After a while we decided that it was time for us to leave. Then we went to Dataran Pahlawan to have our dinner. We should have stop at one of the seafood around but during that time both are still kenyang. Bila dah nak sampai pusat bandaraya pulak tiba-tiba lapar. Anyway sampai kat situ we went to the food court to try some local dish and there were only two halal food yang bukak. We changed our mind and cari foodcourt inside the shopping complex. I order nasi ayam, bila dah masuk mulut terus I luahkan balik because the nasi ayam was raw/mentah and nasi macam dah bau busuk. Teruk la dorang nie, sampai hati jual makanan macam tu kat pelanggan. Then I tengok ada a few orang beli kat stall dia. I cakap dalam hati, jangan la orang-orang tu sakit perut. Both of us terus bangun and terjumpa chicken rice shop kat another level and terus makan kat situ.

(Pantai Puteri)

Lepas makan, we went back to our hotel but since malam tadi was malam Ahad. Jalan around our hotel was close to the night market which operate on the weekend. Satu hal nak cari jalan untuk park kereta. Receptionist kat hotel dah bagitau sebelum kita orang keluar, to call them when nak park sebab ada jalan lain untuk ke parking space hotel. It took us a few times pusing-pusing and called the receptionist twice to find the way. Luckily, there’s a parking attendance not far from the hotel, told us how to get to the parking space, siap suruh ikut dia lagi. We gave him some token of his kindness. Sampai hotel, husband I hantar barang and I tunggu kat luar hotel yang penuh dengan orang tengah tengok karaoke kat atas pentas besar that I mentioned earlier. Pentas tu betul-betul depan hotel. Husband I sampai je terus dia bisik kat telinga I..dia kata..”Eh, you ada tengok tak orang yang menyanyi kat pentas tu”, I kata I ada tengok and siap ambik gambar. Then dia cakap lagi, “No, you tengok la rupa dorang, nenek nenek orang la”, I punya la nak tegelak sebab husband I tanya dengan muka yang penuh innocent tapi tekejut..wakakaka…

(Penyanyi Jalanan - I bagi some token)

(Pentas depan hotel - I ada ambik gambar auntie tu dari dekat, dia siap bagi peace lagi kat I masa I nak snap pics dia ekeke)

(Hotel where we stayed)

Kita orang bejalan-jalan sambil ambik-ambik gambar and I bought a few stuff. After a while we went back to our hotel…..

Note : Nanti I update gambar-gambar kat my flickr

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku