London Part 10 & 11

London Part 11

Wednesday, 26th January, 2011

Regents Street and Trafalgar Square

(Food kat La Menara. I order Tagine fish, husband I order nasi, tah lupa nama)

Hi, I'm back..... tak abis lagi story I kat sini...

Hari nie I dengan husband keluar hotel around 12pm. Malas la pulak sebab penatkan asyik keluar hari-hari. Since dah keluar around lunch time, we decided to had our lunch at La Menara, since it was on the way to Trafalgar Square. Lepas makan, energy dah boost, so kita orang menapak dari La Menara nie, kalau dari hotel kira dari Carburton Street, then ikut jalan Oxford Street, singgah shopping kat Regents Street and lastly sampai la kat Trafalgar Square. Rasanya ada dalam 5 6 kilometer. Tapi tak penat sebab, one - weather sejuk tak berpeluh and two - sebab kiri kanan jalan penuh dengan kedai, so tak ada terasa.

(Bergambar dengan mascott kat one of the souvenir shop. I sebenarnya tak nak, husband I la yang sibuk suruh)

Masa on the way nak ke Trafalgar Square tu, hujan mula turun, more of a drizzling, renyai-renyai. Then my husband saw one shop behind us and ajak I masuk. Memula tu I malas, tapi dia suruh check it out. When we went in, wow...harga sungguh murah dan berpatutan. Kebetulan I complaint baju tak cukup sebabkan takan nak recyle baju and seluar yang sama je for photo session. So husband I suh ambik. At first I tak nak sebab memikirkan nak balik nanti, sure kena charge sebab lebih muatan. Furthermore, I risau takut tak cukup nak squeeze in barangan. Dia kata tak apa sebab tak da berat mana. I pun ambik a few jacket/sweaters and two pants. It was worth buying.
(Gambar-gambar on the way to Trafalgar Square)

On the way nak ke Trafalgar Square nie I tengok banyak theater and also view persekitaran sungguh menarik. Banyak jugak gambar yang kita orang snap.
(I lupa apa bende nie, aritu ada baca tapi tak ingat)

(Lagi theatre. Ingat nak pegi but memikirkan husband I yang tak ada darah seni langsung so I malas la nak drag dia)

(Actually, I was impressed with the women/girls kat sana yang pakai tight, seluar ketat or sarung kaki je dalam musim winter nih.. Tak beku ke bawah tu. I yang pakai tight jeans pun rasa macam peha dalam fridge je)

(This is one of their many museum. I tak sempat nak masuk sebab dah gelap, macam malam although it was around 4pm)

(Pemandangan persekitaran Trafalgar Square)

(Again pemandangan persekitran)

(Jejaka serious yang cukup susah untuk di ambil gambar)

(Photographer amateur)

(It was still around 4.30pm tapi dah nampak macam malam and it was a little bit raining. Nasib baik I dah bawak payung siang-siang and the weather was so bloody cold)

(Bas double decker yang cukup famous itu)

Lepas ambik-ambik gambar, cepat-cepat kita orang tahan cab sebab dah macam malam although it was petang. Sejuk jangan cerita la, masuk cab, I dah selsema sikit-sikit. Balik hotel cepat-cepat berendam kat bathtub sebab tak nak kena flu. Kalau kena susah nak baik especially kat sini.

London Part 10

Tuesday, 25th January, 2011

Tower Bridge London

(Tower Bridge. Sebelum nie mati-mati la I ingat nama tower bridge nih, London Briged heh..)

Today we went to Tower Bridge London yang tersangat famous kat London and I well known all over the world. It is one of the major landmark here. Kita orang tak guna tube sebab leceh la, nak kena tunggu lagi and nak menapak lagi.. Tapi memang rugi sebab dah beli travel card and taxi cab mahal. Tambang pegi ke Tower Bridge nie cost us about GBP16.00, kalau convert ..fuhh dekat RM80.00 lebih.. Anyway, sampai kat situ, as usual sejuk yang amat, sebab tepi sungai and tak ada tall building nak cover, angin pulak bertiup kencang. Weather pun macam nak hujan. Sibuk la bersnap sana sini. We didn’t plan to go up but bila tengok entrance fee was about GBP7.00 per person so we decided to naik je la, dah alang-alang sampai. Lepas beli ticket, dorang ambik gambar (biasala lepas abis tour kat pintu keluar mesti dorang suh ambik gambar yang dah siap and offcourse kena charge).


Lepas ambik gambar, we were taken by lift to go up. Sampai kat atas ada ruang untuk dengar penerangan and history pasal Tower Bridge nih. Both of us were not interested to listen to all that stuff so kita orang terus pegi kat jambatan kat atas. We expect it to be an open air bridge but it was a closed one. Tak ada la nampak view sangat dari atas melainkan kalau menjenguk-jenguk dari celah palang putih biru tu. Rasa macam rugi aje but husband I kata, it was ok and tak de la rugi. Betul jugak, at least both of us pernah naik kat dalam jambatan itself.


It didn't take is long to be there memandangkan we all skip all the penerangan, like I said earlier. Lepas abis tour, kita orang ikut blue line to go to the gift shop, drizzling la pulak kat luar, terpaksa belari-lari nak cari tempat berteduh. Sempat jugak la snap sana sini. Then kita orang cari cab nak pegi Oxford Street sebab nak makan kat restaurant Rasa Sayang.

(Bilik enjin)

Lepas makan, ingat nak pegi Trafalgar Square but masa on the way bejalan kat situ, tiba-tiba perut rasa semacam. Rasa macam nak gastric and pedih kat ulu hati. I cakap kat husband I patah balik je, kita pegi tomorrow. Then tiba-tiba husband I ajak berenti kat corner. Turn out air dalam bag dia tumpah. Habis camera and barangan kat dalam tu basah. Nasib baik gambar yang ambik kat gift shop tu tak basah but ada jugak bekas-bekas terkena air sikit. Souvenir buku pasal Tower Bridge tu terkena air.. huhu..spoil aje.

(Bilik enjin)

Sampai hotel, husband I cepat-cepat letak buku souvenir tu kat heater and cuci bag dia. I pulak cepat-cepat makan ubat gastric. I think nie mesti I makan cherry dua hari berturut-turut. Serik tak nak makan lagi.

(I order carrot/lobak goreng and husband I order roti canai)

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku