Thursday, January 6, 2011

Update


There’s nothing much interesting thing that had happened to me these past few days, macam la interesting sangat hidup I nih haaa..... Anyway, I buat passport last Tuesday kat Sri Rampai Wangsa Maju nih. Memula tu ambik gambar kat sebelah tu jugak. Sebelum tu masa kat rumah bukan main lagi I touch up apa-apa yang kurang.. ber make up indah. Sampai kat situ terus ada budak ajak pegi kat kedai untuk ambik gambar and photostate IC. Masa nak ambik gambar tu, bukan main lagi I cuba memaniskan muka, senyum senget la, bukak mulut la. Bila gambar dah ready, OMG, ugly nya gambar I. I bukan cantik pun..jauh sekali lawa, manis pun tak ada tapi seriously rupa I kat gambar tu macam nenek kebayan. Eye bag kat bawah mata was so obvious. Bentuk muka bulat, tak ada bujur sirih langsung, buat penat aje I juih-juihkan mulut kasi dagu panjang..ceh!. Kalau I tau, I pegi kat photo studio and ambik gambar kat situ. Untuk 5 tahun macam tu la muka I kat passport.. depress I.

Anyway, lepas ambik nombor, kejap je tunggu then officer tu panggil.. Then officer suh tunggu sejam for the passport to be ready. Sementara nak tunggu passport siap, I dengan husband pegi makan kat AU 2 and buat marketing sikit kat supermarket. Sesambil tunggu husband I kat counter bayaran I duduk kat tengah-tengah arena. And you know what? Sempat la jugak I dengar adegan telefilem kat belakang I tu. Kisah macam nie, masa I duduk-duduk tu ada seorang laki bagi (I assume) anak dia la, makan subway sandwhich, kecik lagi budak tu... Then I dengar dia cakap kat (I assume lagi..bini dia) kat hp and dia bagitau bini dia, dia kat arena. Tak lama kemudian ada pompuan datang kat dia, sekali I dengar dia naikkan suara, dia kata something like this “ kalau I panggil you datang, you datang la...and then pompuan tu explain something, tak berapa clear...then dia naikkan lagi suara “Bullshit”! and then husband I datang... ceh! Spoil...I lagi nak dengarkan..hehe..sibuk la I.

Then pegi balik kat Jabatan Immigration tu and within few minutes I dah dapat collect my passport.. Service sungguh bagus and officers kat situ semua pompuan and baik-baik siap senyum lagi...Keep up the good work ladies... Husband I sempat bisik and cakap, “perasan tak, sekarang nie kat bahagian immigration nih tak ada pekerja lelaki lagi kat counter”? I kata “a’ha la”, husband I sambung, “sebab lelaki selalu rasuah”.. hah!


Petang semalam both of us makan kat Cosy House GE, I teringin nak makan Kue Tiaw basah. Husband I order Kue Tiaw goreng biasa aje. I rasa dia punya sedap, dia pulak rasa I punya sedap hehe..so kongsi.. Then husband I ajak pegi Ke Toy R Us and I tengok dia survey gun yang dengan bullet macam cucu sedara kita orang bawak masa malam 31st aritu. I kata kat husband I, boleh la you tembak cicak dengan nie. Wah, husband I yang mempunyai instinct hunter itu terus interested. Dia kalau bab-bab nak hapuskan serangga perosak atau cicak durjana tu memang laju je. Then I pikir-pikir dalam hati, why not I belikan as his birthday gifts as I don’t know what to give him anymore. Bila sampai kat counter pembayaran, I cakap kat dia, it is on me, accept this as your birthday present. Tekejut dia sambil tersenyum malu. Lepas I bayar, husband I kata thank you and sempat lagi cakap, nanti duit I abis la..I kata tak apa.. (lagipun dari mana datang duit I pun kalau bukan dia...maklumla I kan persara tak ada duit pencen...huhu).

On the way nak balik stop kejap kat Ampang Point sebab nak beli fastfood.. sebab malam gerenti lapar nih...and I sempat lagi grab two loaf of French bread..yang panjang tu...huhuhu... yea... azam I nak turunkan berat badan hanya tinggal kenangan aje..

Malam tadi, husband I seperti biasa dengan tidak berbaju dan berseluar short penuh bersemangat mengenggam senapang barunya menanti akan kehadiran musuh ketat beliau iaitu cicak durjana...Tapi seperti boleh meneka akan maut yang bakal mengundang....cuma seekor je keluar itu pun anak cicak yang saje melekat kat atas dinding betul-betul bawah aquarium ikan...so husband I tak dapat tembak sebab takut bullet getah masuk kat dalam aquarium ikan kesayangan beliau..

No comments:

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...