Hotel and Oxford Street
Hari nie I tak keluar awal sebab rasa macam tak sihat. Yeah, I’ve been coughing and having a little bit of sore throat. I spent my time mostly in bed as my husband pegi balik ke Emirates Stadium since dia terlupa nak beli another jersey for another cucu. Rasa macam dah ambik tapi masa check kat hotel tak jumpa. Hari tu jugak Arsenal lawan Wigan, I kata kat dia kalau ada orang nak jual ticket beli je sebab alang-alang you dah sampai kat sini and you don’t take the opportunity.
Balik dari Emirates Stadium husband I tunjuk a few pics yang dia ambik kat sana and he told me ada orang nak jual tapi orang tu call kawan dia but kawan dia tak angkat phone. Poor darling… Mula-mula husband I ingat nak belikan I food but I changed my mind and ajak dia keluar beside I nak cari a few stuff and also nak cari another set of super skinny jeans.
Sampai Oxford Street we decided to checked on Argos but we found out that tempat tu is more like a catalogue, whereby you pilih kat catalogue, you key in or you show to the sales person and they will get it for you kat dalam gudang dorang. Ingatkan macam shopping complex biasa je. Then we all blah and pegi makan kat where else? Rasa Sayang la mana lagi hehe… Masuk dalam tu, wah dah penuh nasib ada lagi satu meja tinggal. I order nasi putih and rendang sebab I tengok mat salleh kat sebelah I makan macam sedap aje. Sementara tunggu food I sampai, I tengok minah negro and minah salleh kat sebelah kanan tengah makan mee hoon goreng, macam sedap aje..habis licin dia dorang belasah… Dalam hati I dah planned the next time I come here I akan try mee hoon goreng, sambil telan telan air liur..punya la haloba… Bila food I sampai, I don’t expect much rasa rendang macam mana sebab knowing well kalau makanan Malaysia kat luar kan but to my surprised it was so delicious..wow..it was so unexpected. Lauk dah banyak and besar-besar and also daging tu sungguh lembut. I tak dapat habiskan lauk sebab banyak and kenyang yang amat (tak ada chance la nak kurus nih). I recommend, kalau you all datang London and cari makan kat Oxford Street, sila la cari restaurant nie..I guarantee you all will like it.
(Lagi antara makanan dalam hotel)Lepas makan, both of us pegi la mencari red herring super skinny jeans yang I dah beli dua with a different colour a few days ago but I feel like I need to buy another one..so that I will have the colour. I was so frustrated jeans to dah tak ada size 10 yang ada tinggal 12, 14 and 16..huhuhu.. Last-last pegi cari my toiletries yang dah nak abis. Sebelum balik, we decided to buy some fruits stall .. pegi la dekat tempat yang kita orang pernah beli before this. I kata kat pekedai tu, I ndak apple juicy (kat label tulis macam tu), sementara tu I tengok buah yang lain. Lepas dia pass kat I, I tengok dalam paper bag, eh ini oranges, then I kata,”oh I want 3 pcs of apple”. Sekali pekedai laki tu sergah I, dia kata dengan nada yang tinggi in front of everybody, dia kata “You said nectarine”. Tekejut I, wah dia ingat I nak diam, silap orang ma, ini Malaysia rimau mari, sekali I naikkan lagi suara I yang serba parau ini, I kata “I’ve said Apple Juicy”. Tekedu dia and tertunduk-tunduk dia cakap sorry kat I. I think dia laki bini nie is a polish immigrant or dari eastern Europe yang member of EEC/EU nih sebab English bertabur and loghat macam dari Russian pun ada.
(I order nasi putih and rendang, tengok la portion lauk dia banyakkan? Husband I order nasi lemak)
Lepas blah dari stall tu, husband I bukan main suka lagi tengok I sound mamat tu. Bukannya dia nak kata, eh tak baik cakap macam tu ke apa ke, in fact dia api-apikan I lagi.. Dia kata padan muka mamat tu, bagus bagus you buat macam tu. Suka betul dia kalau bini dia keluarkan perangai gangster nih. Tak habis-habis dia compliment I sambil bejalan nak balik ke hotel, bangga betul dia…aparaaa…
No comments:
Post a Comment