Wednesday, March 31, 2010

If You Could See Me Now - Cecelia Ahern


Buku nie best giler, highly recommended, bestttt..I tak tau macam mana nak describe..korang baca la sendiri sebabkan kalau I bagitau nanti tak ada element of surprise.. Heart wrenching laa.. the way and as usual Ceceila nie pandai betul bermain dengan perasaan kita. Seperti buku beliau yang lepas-lepas, penceritaan yang details and vivid.. Dan seperti biasa, abis baca buku nie seperti menonton sebuah filem romantic comedy, love, sad, happy, crazy.. everything into one and create such a wonderful, breathtakingly beautiful story. You know after you read a good book you will enhale/exhale your breath without realising it? Well..that is my reaction after closing the last page of this book......

Tuesday, March 30, 2010

AF8

Enough about my story pasal sakit-sakit nih..bosan eh? I yang baca pun mual.. I nak cerita pasal apa eh? oh.. nak cerita pasal AF8 yang sungguh membosankan itu. I tak tau nape la, sejak AF7 lagi I dah tak tengok dengan penuh concentration lagi, in fact diari pun rasanya the last time was during AF4 ke..after that I dah tak tengok and as for the concert hmmm... ntah la... AF dah tak ada tarikan lagi. I really want to support Norman but I’m sorry dude, I don’t know why, spark dah hilang la. I was a bit anxious to watch masa premier that day eventhough I missed the actually show, I have to watched the next day tengahari and I was so disappointed. Suara ada yang best tapi entahlah..I can’t figure it out myself. What’s wrong? Adakah pelajar itu sendiri yang terlampau berhati-hati dalam membuat persembahan? Or adakah kerana pemilihan lagu yang langsung tidak sesuai dengan suara diaorang? Or adakah kerana pentas yang dibuat sedemikian rupa, although mendekatkan kepada audience tapi nampak macam concert biasa aje..macam kurang berprestig. I prefer stage yang dulu, nampak oldfashion but pada I jarak perlu ada untuk menampakan class nya yang tersendiri. Or adakah kerana kurang keberkesanan pelajar menghayati lagu? Or adakah pakaian mereka yang kurang sesuai? Or adakah kerana semua pelajar tiada kelainan atau kelebihan antara satu sama lain... sama jeee....

Kalau I diberi pandangan or that I have a say or that I’m able to change tentang AF nih, I tau la apa yang I nak buat. I will clean up everything, either cara persembahan i.e. interaction with the audience through their performance such as make it more dramatic, with drama and all, cara nyanyian, cara dorang menghayati lagu i.e. expression on their face, pakaian juga perlu diubah, sungguh tidak menarik itu. I would change the stage, re-arrange the music, the lighting, the make up ahh... I akan brandwash pelajar-pelajar tu into believing in themselves and tak perlu ada adegan nangis-nangis and I don’t want them to have to open up to their teacher etc.. buat apa nak open old wounds or benda-benda yang memedihkan etc. We must move forward bukan nak pandang benda negative yang lepas-lepas. Kalau dorang nak curahkan perasaan or mengadu tu, it is a different story la kan. And tell them not to cry if one of them are going to leave for that week. It is not that the one who is leaving are going to die or sick or something. Hilang cuma di mata, when they all went out nanti jumpa la balik. And they must remember, bagus la yang dah tekeluar tu, chances of them being the winner are getting closer.. and stop pretending la or kata sedih la..hubungan macam adik beradik..stop cengeng-cengeng la.. Langsung tak ada semangat bersaing. Keluar air mata setitik dua tak apa la kalau dah tak tahan tapi kalau dah macam nangiskan mayat nak masuk liang lahad stop laaaa...

But what can I say, I’m just a person who wish I can do something about it. Yes, I know orang akan kata, you cakap senang. Yes cakap memang senang but I know I can do it. I believe in myself and I have the passion and the energy (yes, I still have some laa don’t laugh laugh) to make a different.

Me : Eh apa yang you merapukan nie? Of all the things that you can do or wish for in the world.. you wish that you can change the format and everything about AF.. Apa class?... I know..wakakaka...

Monday, March 29, 2010

Minggu Sakit

Balik dari klinik Saturday tu, I makan ubat yang di beri. I rasa sebu semacam je perut I nih. Kepala pulak pening yang amat. I suruh husband I picit sambil tengok AF8 yang cukup hambar itu. I sendawa angin banyak kali, perut I cramp dan sakit yang amat. Habis AF8 I cakap dalam hati, ini tak boleh jadi, either I would restless for the whole night or better I muntahkan aje.

I pegi toilet, kumur-kumur air and I jolok sekali je tekak I terus I termuntah yang maha hebat. OMG, banyaknya keluar sampai menyembur keluar lubang toilet tuh. Habis lantai-lantai sekali. Then muntah lagi muntah lagi. Segala isi perut, mee maggi ayam (since itu je tekak I dapat masuk tadi), roti kering yang baru I makan tekeluar balik. Segala pahit mahit ubat pun keluar dengan lajunya. Basah kuyup I bermandikan peluh. I rehat kejap.

I rasa sikit lega tapi masih ada lagi yang tak kena, perut I masih sebu. I belari secepat kilat masuk toilet. Nah engkau keluar segala-gala ubatan yang tak keluar dari tadi. This time I rasa lega seratus peratus. Habis tu, I terus mandi.

Malam tu husband I mula dah nak kena flu. So next day/semalam dia pulak pegi klinik and mintak doctor tu jab dia sebab dia tak mau menyangkit kat I. Dengan penuh kepayahan dan terbongkok-bongkok dengan dibantu oleh sous chef atau nama lain assistant cook (husband I la), semalam I masak sup ayam. Memang dah jadi kebiasaan I kalau sakit-sakit nie makan sup ayam sendiri masak and gerenti sembuh dengan segera. Lepas makan I dengan husband berpeluh and badan rasa ringan. Kita orang mandi 3 4 kali sampai ke malam sebab kepanasan dan like I said berpeluh banyak. I letak extra halia. Perut I yang cramp after muntah-muntah and cir bir malam tu rasa lega sangat walaupun masa I solat zohor semalam I masih terbongkok-bongkok lagi.

Hari nie I rasa much more better tapi husband I masih “fight’ with his flu yang jadi tak jadi, jadi tak jadi tu... Husband I balik tenghari tadi for lunch and I ingat dia pegi kerja balik, ni ha dia balik semula, dia kata tak larat nak sambung kerja....

Saturday, March 27, 2010

Ke Klinik Untuk Yang Ketiga Kalinya

I went to the clinic... again today. Termasuk arinie 3 kali I pegi dalam jarak yang terdekat. Masa last Friday I kena flu/bersin/sakit tekak etc. A few days back I kena gastric and today I kena cirit birit. OMG, lepas nie apa la penyakit pulak.. Pagi-pagi tadi I rasa perut semacam then I pegi “bilik kecil idaman kalbu itu”. Wah tekejut sebab cir bir. Ingatkan sekejap je. Then I breakfast which acara yang paling jarang I lakukan adalah dalam setahun 2 3 kali unless I breakfast kat hotel memang I melantak hebat. Habis je breakfast which consisted milo panas and two slices of white bread yang I sapukan dengan lupark salted FULL FAT hehehe... xde dah nak control-control low cholesterol ke fat free ke or unsalted ke.. boleh jalan dengan itu semua muahahaha.. Then I rasa semacam je perut I, sambil tu I kentutkan merata-rata tiba-tiba I rasa macam lain macam je kentutan yang terakhir ini. Tak ada la I terencet kalau tak abis I kena kutuk dengan Mr Gopalan Kundusamy itu. Sempat jugak member gelakkan I masa I belari anak (cewah) ke bilik kecil itu. Sah I cir bir lagi..

Husband I keluar sekejap nak cuci kereta and tapau makanan sebab dia tengok I macam tak sihat aje. Lepas mandi, I baca balik buku I and then kita orang makan. Lepas makan I rasa semacam aje, sambil tu husband I bukak cerita tamil.. dia pasang kuat-kuat sambil pujuk I tengok sekali. I buat tak tau kang menjadi orang tua tu. Then I told him, I think nak kena pegi klinik la macam nie sebelum I melarat and non-stop cir bir pulak, well memandangkan I baru lepas makan.

Sampai ke klinik, nurse situ senyum-senyum kat I, yela.. dalam seminggu nih, 3 kali dorang jumpa I. I kata lepas nie tak tau la akak sakit apa lagi. Dorang kata minggu melawat klinik kak hehehe.. Lepas jumpa doctor and nak ambik ubat, I tengok kenapa doctor nie kasi I ubat gastric yang macam ari tu. I kata kat nurse tu, I cir bir bukan gastric then dia jumpa doctor and I dapat ubat cir bir. Apa la doctor nie, I think dia salah dengar sebab I yang extra peramah nie bersejarah dengan dia akan kedatangan I sampai tiga kali and menceritakan serba-serbi akan kesakitan I itu. I think dia dengar and terlekat kat gastric tanpa mendengar butiran lanjut tentang cir bir I nie.

On the way nak balik rumah, sibuk la husband I discussed sedikit cerita tamil yang dia tengok sambil gelak non-stop, kelakar giler..., I yang sakit perut bertambah-tambah sakit, stress I. Balik rumah I rasa panas and seram sejuk semacam aje. Then I teringat ada sorang pompuan pakai baju sejuk nampak pale semacam je...Adakah I kena jangkitan dia? Sudah, takan la nak demam pulak huhuhu... Nak kena complete kan jugak ke penyakit I nie, aritu selesema / flu / sakit tekak and then gastric and now cir bir and lepas nie demam ke? Dahla next week plan nak pegi a short trip ...mummyyyyyy... waaaaaaaa....

Friday, March 26, 2010

Semalam I tengok Premier “Dancing With The Stars Season 10. I start tengok dari season 3. Wow, cepatnya masa berlal u. Selain dari Season 3, Season 10 by far membariskan celebrity dari berbagai bidang (seperti biasa) but this time to me are the best, banyak perangai, kerenah dan the best opening dari mana-mana season sebelum nie. Yang menambahkan “keenakan” dancing nie issss... The ever gedik and superhot sexy Pamela Anderson, yes the big nenen. Nicole Scherzinger yes, the one yang Pussycat Doll tu hohoho... boyfriend dia Lewis Hamilton F1 racer pun datang bagi support. Shannen Doherty, bad girl of 90210 yang ori dulu pun ada, Aiden Turner (hot) tak kenal tapi famous kat soap tv in “All My Children” (tak pernah tengok pun cerita nie), Erin Andrews, college sports newscaster - tak kenal, Chad Ochochino football (American rugby) player - tak kenal, Buzz Aldrin, the first human being to ever walk the moon – boleh tahan atuk nih, Niecy Nash – comedienne – tak kenal tapi comment dia kelakar giler, Evan Lysacek – Olympic skater – tak kenal, Jake Palveka, The Bachelor, hot jugak mamat nih, Kate Gosselin yang beranak lapan sekaligus, dulu ada series dia keluar kat Astro, tapi I menyampah dengan dia sebab she is so hypocrite kat series Kate and Jon and 8 plus tu.

Masa introduction semalam and after dancing, Shannen kata dengan penuh sebak dia masuk because bapak dia minat sangat kat show nie. Bapak dia yang kat audience pun mengalirkan airmata, I yang kat rumah tiba-tiba syahdu, jatuh jugak la sebutir dua airmata cengeng ini ditambah dengan idung tersumbat lagi hehehe...I hate myself. Akak Pammy pulak alahai, gedik giler, serious, beliau sungguh gatal mengeletis, kalau pro dancer beliau tak naik “adiknya” tak tau la I. Masa belajar menarikan banyak peluk-peluk, kangkang-kangkang ala-ala macam main and then kan kejap-kejap dia peluk la, macam nak cium-cium and megeliat-geliat masa host and judges borak-borak ngan dia. I bet Damian Whitwood (pro dancer yang baru masuk kat program nie), meraong geram, tak caya? Korang tengok la sendiri..Gab apa tunggu lagi, DL ler.. kui kui kui...

Semua yang menari I tengok semalam like I said, was not bad at all. Tapikan tak patut betul la si Buzz tu masuk. Bukan I anti orang tua la sebab I pun, I mean kita semua pun akan tua jugak nanti, just a matter of time. I kata tak patut si Buzz nie masuk sebab penonton tak akan pilih dia, kesian kat pro dancer dia, berhempas pulas menari ajar dia tapi si atuk nie, stunt semacam je, segala alignment dah lari, so macam tengok puppet yang pakai string aje menari and then muka dia cuma satu dimensi aje, expresi sedih ke gelak ke cam tu gak.. sian atuk. Well, kemasukkan beliau was just for an entertainment value je. Bini dia pun ada datang tapikan muka definitely ada buat plastic surgery sebab mulut nganga susah nak tutup.

Pro Dancer
Since I minat sangat kat series nie so I tau la serba sedikit pasal pro dancer nih yang rata-rata semua I sukaaa..... (comment I nie base on my view je)

So far I tak ada favourite celebrity lagi tapi yang pasti my favourite pro dancer forever and ever is Max or Maksim Chmerkovsky. Patutnya Max nie menari dengan Pammy sure Pammy asyik kena marah or ada la ayat kelakar dari Max nanti. Muka dia serious and dia garang part mengajar nie tapikan bila dia sound kelakar je bunyi. I hope celebrity yang menari dengan dia , Erin Andrew nih, tak tekeluar awal or I meracau dalam sendu... sadiss* Max bila time mengajar sangat tegas and gaya tarian dia kasar tapi mantap. Si Derek Hough one of the pro dancer pulak asyik dapat celebrity yang sexy, cantik, mengancam and pandai menari aje. Macam not fair la..memang not fair pun. Tony Dovolani is favourite dan idaman kebanyakkan celebrity and dorang kalau boleh ndak dia jadi dance partner dorang sebab dia cool, baik hati dan pendengar yang setia. Louis Van Amstel pro dancer yang sungguh precise, movement dia sentiasa sharp dan kemas, I paling suka bila dia choreography tarian waltz...oh my God it was so beautiful. Rasa macam tengok dia menari dengan pari-pari aje. Mark Ballas, seorang yang berani mencuba pekara-pekara baru, umur pun muda, kira mamat nie is a risk taker, movement dia kadang-kadang dangerous jugak dan amat memenatkan just by looking at it. Damian Whitwood I tak kenal lagi sebab this season is he first time dia join the cast and from his accent he is definitely British.

Pro dancer pompuan yang I suka offcourse la Edtya Sliwinska, body dia sangat cantik, hot and dia pada I paling pandai sekali menari, minah nie cukup package. Kalau dia choreograph tarian salsa, huii... fantastico!, Ana Trebunskaya I suka kat dia sebab dia kelakar giler, ada je komen dia yang buat I gelak sorang-sorang, dia memang clown, Cheryl Burke, minah nie serious and a perfectionist. Garang pun garang jugak. Celebrity yang partner dengan dia memang suspen kat minah nie. Chelsie Hightower, Chelsie is one of the contestant from So You Think You Can Dance Season 4. Dia ok and since dia masih muda so macam tengok teenage menari aje. Tapi dia not bad. Ashley Costa.. I tak kenal, first time I tengok dia menari. I think dia dari DWTS season 2.

Anyway since yesterday was a premier so celebrity nie belum la kena keluar lagi but starting from next week start la sorang-sorang kena exit. Oh before I forget, this year host is Brooke Burke (Champion of DWTS Season 7) mengantikan Samantha Harris. As for the the guy still mengekalkan Tom Bergeron yang selalu keluar dengan ayat-ayat funny.

Thursday, March 25, 2010

Something To Talk About

Kan semalam I nak cerita apa yang husband I bualkan kat I kan...tak de la penting sangat or interesting sangat pun topic tapi saje je nak share sebab I think there is some truth to it. On the way balik dari klinik, kan I ajak dia pusing-pusing sebab I rasa macam best pulak cerita dia. It was started masa kita orang tengah stuck kat jem sekejap sebab budak-budak balik dari tuition malam tu kat one of the shophouses. Biasala parents dorang park merata-rata and some of them stop kat tengah-tengah jalan and seperti biasa both of us mengomel. We are definitely grumpy old couple *sadis. Then husband I cakap dia masa kecik-kecik pun ada pegi tuition atas kesedaran sendiri. Mula-mula dia tak tau macam mana nak solve maths problem but after he went to the tutor berbangsa cina, terus dia faham and after that everything was so easy. Tutor cina tu buat deal kat dia, suruh dia bawak kawan dia ramai-ramai and dia tak payah bayar tuition fee. Husband I pun bawak la kawan-kawan dia and sesen pun dia tak payah bayar cuma masa bulan pertama aje. Dia pegi tuition for about a year and dia cakap kalau masa belum pegi tuition dia dapat nombor tak bagus tapi lepas pegi aje dia terus dapat nombor satu from that onward.

Dia cuma pegi tuition for one year sebab lepas tu dia dah paham and belajar sendiri. Husband I cakap, dulu tak ada distraction and all he does was study sorang-sorang kat bilik. Bila nak start sekolah for next year, abis semua buku dia dah baca and dia berjaya solve any mathematic problem. Kira husband I nie, nerd and geek (memang nampak pun). So bila dia pegi class for the next year, kalau ada yang dia tak tau dia dah tau easily. Dan abang dia rajin belikan dia berbagai-bagai buku. Then dia cerita dia ada sorang kawan yang rajin belajar tapi parents dia tak pernah encourage dia pegi sekolah etc. Kawan bapak dia tak mau belikan dia buku untuk dia mengulangkaji pelajaran and garang sangat dengan dia. Parents kawan dia pun asyik begaduh with each other. Bila dia balik rumah asyik kena marah dengan bapak dia. Husband I cerita lagi, bila abis class aje, kawan dia akan pegi Masjid untuk belajar and baca buku sorang-sorang. Tak ada gangguan kan tapi budak nie memang determine.

Bila husband I dah abis belajar, husband I ada banyak buku technical etc and husband I bagi kat budak tu. Budak tu was so happy and husband I kata lepas tu dia dengar budak tu dapat top student and belajar kat oversea. Sekarang nie definitely dia dah hidup senang. Husband I pun tak tau sebab lost contact. My point kat sini was, everybody is not born stupid/dumb etc. tapi selalunya keadaan persekitaran and how your parents brought you up membuatkan who and what you are. Budak-budak memerlukan bimbingan/ support/ encouragement in order for them to growth well bukan merendah-rendahkan dorang or calling them such silly names ke apa-apa yang tak baik, it is not the right thing to do at all. But then again ada budak walau parents dorang macam hantu pelesit, treat them like a garbage and also with the environment that they live in tapi berjaya dalam hidup. Semua manusia dijadikan berbeza, but like I said all kids needs the encouragement and the right path. Opportunity and privilege is gold.

Wednesday, March 24, 2010

Ke Klinik Again

Petang semalam masa husband I baru balik kerja, mem ini yang tengah berbaring bagai orang yang telah nazak tetapi sempat menonton CSI Miami (latest season) back to back kat Tor telah meng “order” sang suami untuk memotongkan beliau limau Sunkist. Husband I tanya, eh boleh ke, knowing how my perut are. But since mem ini selalu "buat-buat lupa" bab bab melantak ini, tanpa menginjakkan mata dari Horatio hanya menganggukkan kepala. Selepas limau Sunkist yang di belah berserta dengan serbuk asamboi sampai, apalagi I belasah dengan semahu-mahunya, manis la pulak limau ari nie.

Kurang sejam kemudian, tiba-tiba I rasa perut I semacam aje, rasa cramp kat sekeliling perut I. Tak lama kemudian I dah mula sendawa dan berkentut halus. Then perut I bertambah-tambah sakit sampai terbongkok. I baru teringat sebelum belasah limau sunkist I terlebih dahulu makan yoghurt perasa strawberry. I think combination yang cukup lethal kot? Husband I cepat-cepat buatkan I milo sambil tu I mengerang-ngerang kesakitan. Husband I yang memegang berbagai-bagai watak telah menjadi ustaz membacakan berbagai-bagai ayat sambil memegang perut I dan beralih seketika sebagai tukang urut di rumah urut Ah Tong untuk mengurut belakang I. I pulak menelan sikit angin untuk memberi effect bunyi sendawa dramatik.

Then dia ajak pegi klinik, walau I malas nak pegi, knowing how doctor kat situ yang cuma check tak sampai seminit and terus assume I sakit apa. Selepas meletak vicks kat perut kami berdua pun berangkat around 10pm. Tak lama kemudia doctor yang nak macam pegi pasar ikan berserta dengan bag recycle nya datang. I sebenarnya tak berapa bekenan dengan doctor nie sebab dia cincai je bila check. Lepas masuk bilik doctor, true seperti yang I katakan, dia cuma letak stethoscope (setengah mati mengoggle) kat perut I. Sempat I cakap, doctor I baru sapu vicks kotor your steth. Doctor kata tak pa dia boleh lap. Then I bagitau I makan apa and that’s it. See I told you sekejap je dia check. What if kalau I sakit lain kan? Sebelum tu I sempat mintak ubat selesema sebab masa I pegi last Friday (klinik sama, doctor lain), doctor lain cuma bagi vitamin c, antibiotic, ubat sakit tekak dan untuk gurgle aje. Doctor nie kata tak payah, dia suruh I abiskan ubat angin, gastric and antibiotic (jenis lain) yang dia bagi. Masa nak ambik ubat I tanya kat assistant doctor nie, antibiotic mana satu I nak makan sebab ada dua jenis. Dia suruh I makan yang antibiotic gastick nih.

On the way nak balik seperti biasa penglipur lara I mula bercerita, next time la I cerita apa yang dia cerita but kita orang pusing-pusing ambik angin malam. Sampai rumah I mandi lagi sekali walaupun I baru mandi about an hour ago. Sebabkan kalau balik dari klinik ke atau mana-mana walau sekejap aje I mesti mandi balik and tukar baju dan segala-galanya baru eventhough I baru lepas mandi. Habit yang I sukar nak buang. Around 1.30am I tidur tapi tersedar around 4.30am, perut I rasa sebu-sebu kembung. Around 6am I terus bangun sebab rasa nak muntah. Tapi muntah angin je yang keluar sampai I letih dan berpeluh. Then I duduk kat lantai toilet sekejap sambil satu badan mengeletar. After that I sembahyang subuh and waiter tak berbaju itu datang membawa air milo dan roti bakar walaupun I kata I tak selera makan. Tiba-tiba I rasa sayu di dinihari ini. Yela kan, I selalu gelakkan dia and menyakat tak abis-abis. I terus mintak maaf sambil cium tangan dia yang berbau rotibakar itu. Dia kata hari-hari dia maafkan I, sambil tu sempat lagi I mencuit perut dia yang maju kedepan itu...huhuhu.... Ini je la cerita I setakat ini di pagi yang sepoi-sepoi sepi....

Tuesday, March 23, 2010

Husband I

Last Friday balik dari kerja husband I ajak pegi klinik sebab I kan dah mula rasa macam tak sihat. On the way nak pegi tu, husband I cakap, on the way nak balik rumah ada seekor penyamun (husband I panggil mat motor atau mana-mana reckless driver either penyamun atau lanun etc.) marah kat a few cars termasuk kereta husband I. sebab penyamun tu nak lalu masuk simpang tak dapat (depan belakang dia ada kereta). Husband I biasala memang cukup anti dengan penyamun-penyamun nih. Dia kata dia sudah sakit hati sebab penyamun yang berbadan kecut kurus ada hati nak tunjuk lagak. Husband I pun ikut penyamun tu dekat-dekat, husband I cakap penyamun tu macam takut kat dia, kejap-kejap pandang belakang. Then bila penyamun tu masuk simpang lain, husband I tekan minyak kuat-kuat, konon nak tunjuk power.

Ok this is the conversation between me and him
I : oh ye ke? dia nampak kereta you somewhere, di garisnya nanti.
Husband I : Dia garis la kalau berani, I akan cari dia merata-rata and I akan patah-patahkan badan dia (masa nie nafas dia dah turun naik, geram konon, sambil tu kedua tangan dia buat aksi, patah dua sebelum memegang stering semula).
I : wah hebat you punya ambition.
Husband I : Betul kalau I dapat I akan pukul dengan kayu.
I : Banyak la kayu you nak cari (dalam hati, I membayangkan husband I masuk hutan dengan memakai kain pelikat atau short miskin kaler hijau dia tanpa baju, semata-mata nak cari kayu untuk pukul para penyamun-penyamun tu)

Husband I kan kalau drive dengan dia, memang kena pekakkan telinga atau divert dia punya attention pada benda lain. Kalau tak, sampai ketempat yang dituju pun dia tak abis-abis mengomel pasal driver bas ke, kereta ke motor ke (semua dia panggil either peyamun, hantu, lanun, pelesit). Tapi kalau dia buat salah, then I cakap, “hah tengok sendiri buat tak betul”. Dia akan jawap, “dia bukan selalu sekali sekala dan tak sengaja, then I balas. “What makes you think orang tu tak sengaja jugak”, dia balas, “ala dorang tu memang sengaja... I hanya mampu mengelengkan kepala, konon nak tunjuk I baik tapi kalau I marah kat driver lain abis semua I seranahkan. Part nie husband I suka sangat and bukan main lagi dia support I, sebab in a way, he was telling me that we are even and I think he wants me to be like him.

Me : I dah start demam, bersin dan hembuskan hingus aje at this moment
.

Monday, March 22, 2010

Movie Mania

From Paris With Love
I thought cerita nie is a romantic comedy ke or romantic serious. I expect it to be a love story well..base on the title. But it was beyond what I thought it was. Cerita agent-agent la pulak hah...Cerita nie biasa je and as usual kalau ada John Travolta mesti dia bawak watak extreme tapi I suka dia punya acting.. best. But seperti kebanyakkan cerita US nie, mestiler tunjukkan betapa “terror” (kurang ajarnya dorang), mesti macam bagus aje, no such thing as hero or star mati-mati atau cedera yang teruk. Terjun la dari tingkat seratus pun tak akan mati punya. Dalam satu hari berpukulan la dengan seribu gangster sure masih kuat and banyak energy. Walau sehebat mana ilmu pihak lawan dalam bidang martial art nih sure kalah teruk kalau lawan sorang hero nih. Begitula rumusan cerita dorang nie. Cerita nie untuk hiburan semata and jangan harap yang lebih-lebih because you tak akan jumpa.

Sherlock Holmes
Tau tak selama nie I ingat Sherlock Holmes is a true character but bila I surfed through and did my own investigation rupa-rupanya he was just a fictional character. I should have google before I watched the movie last night. Sebabkan I tak puas hati and thought his character was “dirosakan” begitu sekali. Had I know it was unreal, I would have enjoy the movie. As usual cerita merapu dan agak memenatkan kepala I. Well, who am I to complaint lebih lebih. I tengok pun free je wakakakaka...

Case 39
Movie nie kisah pasal caseworker/children welfare employee nie “selamatkan” budak yang kononnya di abuse dan cubaan untuk membunuhnya from her parents. So Emily (Renee Zellweger) nie pun ambik la nak adopt jadi si pelesit nih untuk jadi guidance dia. But unbeknownst to her only to the parents tu budak nie sebenarnya hantu pelesit. So berbagai-bagai kejadian ngeri dah kejam yang di mastermind oleh si pelesit nih. Orang yang rapat dengan Emily nie semua mati dalam keadaan yang tragis. Sakit hati betul tengok pelesit nie “mendera” Emily nih. Emily pun cari jalan macam mana nak get rid of hantu nih. Cerita nie best tapi geraaammm yang amat.

The Lovely Bones
Kisah pasal budak nama Suzy kena culik and di bunuh oleh neighbour nya yang psycho itu. Cerita nie base on the presepective of budak yang dah mati nie iaitu penceritaan dari beliau yang berada nie stuck or in between heaven and earth. Kira roh budak nie tak mau tinggalkan earth gitu. I tak berapa suka sangat tengok jalan ceritanya sebabkan like I said budak nie yang ceritakan, because dah clearly know budak nie dah gone. But I love the artistic value in it.

Law Abiding Citizen
Cerita nie I tengok malam tadi lakonan Jamie Fox dan Gerard Butler. Huiii...best giler tapi penuh tragis dan menyedihkan. Pasal bapak dia balas dendam terhadap peyamun yang menyamun (offcourse la tak kan nyanyi karaoke la pulak kan) cucuk dia dengan pisau, rogol dan bunuh bini anak dia about 10 years ago. So after 10 years in time for one of the killer nak kena execution maka bermula la segala-galanya... Oh, he also go for the system/law official etc. sekali..

The Hurt Locker
Movie yang menang best picture kat Award that day, mengalahkan Avatar. Cerita nie best, intense and vivid. Kisah simple aje, pasal specialist defuse bomb kat Iraq, tu je... But I still think Avatar should win the award instead of this one.

Friday, March 19, 2010

Rasa Macam Nak Demam

Hari nie I rasa macam tak sihat aje.. Tekak I dari pagi semalam rasa pedih-pedih. Jangan la I sakit, weekend nie, tak best la nanti tak boleh jalan-jalan. Nampak gayanya macam kena melepak je kat rumah. I think this must be the ice cream yang I makan malam semalam lepas balik dari class. I was so thirsty and the weather was so hot that night. And di tambah lagi dengan kurang tidurnya.. I don’t know why tapi I malas tidur early rasa macam rugi aje. But I have too. Malam tadi dah telan dua panadol and sucking on two tablets of Woods peppermint lonzenges.

Ingat nak tengok wayang malam nie, kena cancel la....

Thursday, March 18, 2010

Bunyi-Bunyian


Dulu-dulu I pernah complaint kat kawan-kawan cyber I pasal orang rumah atas selalu buat bising such as hentak-hentak kaki, belari, bunyi heret furniture tengah tengah malam or wee hour of morning, main baling guli berderai etc. Two nights ago I baca-baca paper yang dah berhari-hari tak baca. I punya tabiat memang macam tu, selalu lambat baca paper kadang-kadang lepas dua bulan baru I get around to do so. Anyway, I come across a story about the things that I complaint selama nie, about the noise from above and its turn outtttt.... to be the other “forces” katanya huhuhu... Dalam paper tu berbagai theory and discussion from both side yang sceptical and those yang try to debunk it. Rupanya bukan I sorang je ramai sebenarnya mengalami apa yang I alami. Then I teringat anak buah dan isteri datang rumah masa raya and dorang dengar bunyi guli jatuh kat siling. Wife dia kata, eh kat rumah kita orang pun selalu dengar bunyi macam nie, malam-malam pun selalu.

But after I baca artikel tu, I jadi suspense sebab artikel tu kata sebenarnya itu kerja jin...waaaaa.... and sebenarnya bunyi yang kita dengar kat atas siling tu bukannya kat atas siling tapi jin tu sebenarnya ada dalam rumah waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....takutttttt... I imagine I sorang-sorang kat rumah and jin tu peratikan apa I buat and kekadang ala-ala Nasha Aziz “free and easy” bila time nak mandi ke tukar baju ke apa...and all this while I kept on listening to all the stuff around me...oh my God! “It” was here all the timeeee watching me..... sadisssss....

Lepas abis je baca artikel tu, I dah rasa tak sedap hati, ditambah dengan “keseronokkan” menakutkan diri sendiri. Husband I kata, xde apa-apa la. Lagipun alim ulama cakap jangan risau benda tu harmless and tak kacau kita.. Tiba-tiba aje telinga I jadi amat sensitive dan sungguh peka, even bunyi kentut husband I pun buat I suspect nie mesti kerja jin. So anyway, bila time nak tidur (since I’m the last one to go to sleep as I’m an owl), husband I lama dah belayar ke lembah impian ketamilannya..I jugak la yang kena tutup lampu bilik. Then I teringat balik artikel yang I baca, bila I tutup lampu aje tiba-tiba suasana jadi gelap. I yang masih berfeeling-feeling mistik ini jadi gerun and tanpa berfikir panjang atau pendek I terus melompat ke katil dengan segala tenaga I. Serentak dengan itu kaki I yang bak bangau ini landing kat perut husband I yang slumberland itu. Disebabkan ada spring kat perut dia maka kaki I terangkat beberapa cm. Then dia tekejut, yela mimpi tamil dia kan terganggu, (mesti part dia tengah bertarik sari ngan heroin kat kebun bunga) dia tanya kenapa, I kata takde I ngeri je.

Petang esoknya masa kat kelas, tiba-tiba I teringat artikel yang I baca. I tanya-tanya student and cikgu I whether dorang pernah tak dengar bunyi-bunyi yang I selalu dengar. You wouldn’t believe it, all of them selalu dengar apa yang I dengar....dorang kata bunyi guli jatuh tu memang selalu la. Ada student sorang tu cakap padahal kat atas rumah dorang tak ada orang tinggal, lagi tragis tu. Balik dari class I cerita kat husband I and betapa rasa bersalahnya I selama ini terhadap neighbour kat atas sebab I asyik geram aje bila dengar bunyi bising and siap dengan sumpah seranahan yang boleh membuatkan mafia New York jadi gerun. Kalau terserempak naik lift, I selalu tarik muka masam and tak mo tegur dorang sebab hati kecewa dengan kebisingan dorang when all this while it was not them. Anak dorang macam nak friendly pun I pandang dinding lift tu. I felt so bad. Then masa kat parking kereta on the way nak naik kat rumah, tiba-tiba terserempak dengan husband dia sorang (macam tau-tau je I rasa bersalah). I terus tersenyum kat husband dia, sampai sakit muka sebab nak maintain lama, husband dia balas balik tapi macam panic je sebab mesti dalam hati dia terpikir, kenapa minah rimau masam nie tiba-tiba je over the friendly eh? Masa dalam lift, I cakap kat husband I, I senyum kat neighbour tu for the first time in my life. Husband I kata, dia selalu lambai kat husband I and husband I balas balik. Saje nak kasi I guilty in the first degree!

Wednesday, March 17, 2010

The Celebrity Apprentice Season 9


The Celebrity Apprentice Season 9 is back... with more character and attitude. Biasa la female vs male. Nama female group Tenacity with Sharon Osborne - dia nie I tak berapa minat and I don’t care about her, tak tau la lama-lama lepas tengok series nie, itupun kalau tak kena buang awal-awal on which I don’t think so. Cyndi Lauper – I minat giler kat dia masa zaman dulu kala, sampai sekarang pun I masih minat lagi kat dia, dengan suara dan perangai macam ala-ala mak nenek dia tu. Masa kat boardroom last night, dia buat I gelak and tersengih-sengih sebab she is so innocent and say whatever in her heart. She’s rock! Summer Sanders – Tak kenal although she was a gold Olympic gold medal swimmer.. I don’t know what year. Holly Robinson Peete – Tak tau belakon cerita apa. Maria Kanellis – Don’t know her either – former WWE Diva. Selita Ebanks – Pun tak kenal although she’s one of the Victoria’s Secret Angel/Model, kulit cantik dan high cheekbone. Carol Leifer – Tak kenal – writer and a comedian.

Nama Male Group, Rocksolid with Bret Michaels – Rocker group Poision, I rock group 80’s nih tak berapa minat sangat as I lebih suka lagu dari british yang new wave into... oh those hair haha... Rod Blagojevich – former Illinois Governor, he was arrested on federal corruption charges and offcourse dia deny, ntahla tak kuasa nak tau pasal politic dorang nih. Darryl Strawberry – Tak kenal, baseball star. Sinbad – stand up comedian and actor, lama tak tengok dia nie muncul kat movie. Bill Goldberg – Actor Wrestler. Michael Johnson – Retired American sprinter and one of the fastest in the world. I think currently he is still holding the 400m and 4 x 400m relay. Yang 200m tu rasanya ada orang lain dah broke his record. Last but not least my darling chef Curtis Stone – Celebrity Chef, Australia mari. I suka program take home chef and cara masakan dia. Simple, healthy and yet look delicious. Ditambah dengan ketampanan beliau ituuu... buat I senyum-senyum sorang.

The first one yang kena fired was Carol Leifer. I rasakan tak patut dia kena buang or sesiapa kena buang dulu sebab belum nampak lagi kelemahan and creativity dorang nie because kan on that task everybody was working hard and help each other out. I think the second task/episode baru la kena fired, isn’t it?

For this one I belum ada ayam tambatan lagi (same as ANTM 14), tengok la nanti. But I do hope Curtis or Bret tak kena buang awal-awal but then again, we will never know.

Tau Tak Pe

Early or late last year, I rasa pelik when lots of people using the phrase “Tau Tak Pe” termasukla anak buah sekali. I don’t know why they say it at the end of any conversation. Seolah olah macam mengaminkan sesuatu percakapan pun ada jugak. Bila dorang start guna phrase tu, I don’t know how to reply to it. Dalam hati I tertanya-tanya, are they agreeing with/to what I’ve said? Adakah dorang menyindir atau memerli I? Did they want me to say something more? Adakah dorang kehabisan kata-kata? Like I said, I don’t know how to react to that. Why can’t they just reply with “yela” or “betul tu” or “ah-ha kan”. Macam jadi trend when almost all yang I jumpa and borak guna phrase tu. Sampai kat iklan pun keluar jugak phrase nih. I think it started from one celebrity I’m not sure though. I have nothing against anybody using it but I kinda sick listening to it. Jangan ambik ati or terasa pada yang masih menggunakan that phrase, this is my opinion and how I feel about it. Lain orang lain la.

I thought dah abis dah phrase nie sebab lama dah I tak dengar but masa I kat class aritu, one of the student use that phrase again when talking to me. OMG, I feel like telling her/them boleh tak jangan guna that phrase bila borak dengan I because pada I ianya langsung tak memberi keindahan kepada sesuatu perbualan.

And I notice another new phrase “Ada Aku Kisah” surface la pulak. I think nie pun started from one celebrity... Not again! I was wondering, why do Malaysian people in general mudah terikut-ikut atau terpengaruh dengan bende-bende macam nie? It's like satu wabak where almost everybody affected by it, well.. I’m the lucky few yang tak terjangkit, maybe I’m from the old school? I don’t know.

Tuesday, March 16, 2010

ANTM Cycle 14



(from http://bit.ly/a8LNAa)

ANTM is back with season/cycle 14 the latest one..yeaahhh.. I know, I know ramai yang menyampah kat Tyra nie termasukla hubbyku yang sekuntum itooo... Tapi I tak peduli I minat sesangat reality show nie although to tell you the truth I kinda meluat with Tyra nie punya lakonan yang sungguh overacting dibuat-buat dan tak menjadi itu.

Anyway, baru 1st episode dah macam-macam perangai “you know kaum mana” tu. I bukan racist atau nak kutuk apa but you can see for yourself dorang nie punya attitude or should I say attitude problem, is/was unbelievable. Pelik la, muka dah la ugly perangai macam kesyialan aje. Hasad dengki, nak cari gaduh, belagak, sombong, defensive, perasan lawa padahal idung macam gaung. Itu la perangai dorang. Cukup xde class. Mana-mana cerita I tengok, be it reality show ke drama ke sama je. For as long as I can remember, since dari season 1 lagi ANTM nie ada je dorang nie buat hal. Kalau tak caya tengok la yang lepas-lepas.

On 1st episode yang I tengok last Saturday (kat torrr ler where else, nak harap kat tv, semua outdated except Amazing Race and American Idol aje latest) tu during the makeover, as usual ada adegan nangis-nangis patah hati bila rambut kena cantas etc. but one scene yang sungguh memualkan I, was part one of the contestant yang Tyra kutip tah dari mana-mana (she was not casting together with the other contestants). Masa makeover tu dia tak cukur/cabut bulu ketiak. So masa Miss J, angkat tangan dia, Miss J and the other stylist terus cukur and gunting bulu ketiak dia. Then Miss J and Jay ckp this is the first time dalam history ANTM dorang cukur/cabut/gunting bulu ketiak contestant...yickss..nak muntah I. Muka pompuan tu pun nampak haggard, kecut, macam isap dadah pun ada, macam homeless pun ada. Pecaya la dorang nie kalau dari segi hygiene memang out. Harap muka je lawa, itu pun lepas kena make up and touch up!

Me : Anyway, tak sabar nak tengok next episode, lamanya nak tunggu next week.

Monday, March 15, 2010

Tahniah Buat Vagg dan Gab


Ini msg dari Vagg.

"Salam, sori lmbt inform. Baby boy, Afi Zufar bin Ahmad Nadzif dh slmt lahir 9.14 mlm tadi 14/3. C-section.3kg lbh,xtau yg dtail, mak diaxsmpat lg tye."

Congratulation once again to Vagg and Gab. :)

Sunday, March 14, 2010

Tengok Wayang


(I was wondering kalau cerita nie and also the obvious title is Alice in Wonderland, kenapa poster movie gambar Hatter instead of Alice? Baik la tukar pada title Hatter in Wonderland, isn't it? And the story is about Alice...)

Last Friday night we decided to watch Alice In Wonderland in 3D,midnight show as we have so much free time, we don’t know what to do beside we always went out on Friday evening/night. So kononnya xmo tengok awal sebab nanti ramai budak-budak and bising but when we reached there around 11.30pm to watched the 11.55pm shows, we were “greeted” by a bunch of kids. Holly cow! 12am and they are still not in bed! Mak bapak tak ada displin langsung! Those kids are damn lucky that I’m not their mother, kalau I, pukul 8pm I dah suh tido.

Anyway, masa beratur nak ambik 3D spec tu, kedengaran kecoh pompuan-pompuan gedik kat belakang gelak bak langsuir kehilangan anu. Dalam hati I, sudah! not another bad experience again and again and again. Lepas ambik seat, tak lama kemudian wayang pun nak start but not before kedengaran bunyi hp pompuan tak ada otak kat belakang seat I. Serentak dengan itu audience kata syyhhhh kat dia, hehe padan muka, sempat lagi dia borak seketika. Dasar pompuan paloi.

But I’m glad throughout the show budak depan I and also budak-budak lain atau adult was so quiet only gelak-gelak at the right moment and I have such a great time watching the movie that night. Tak ada gangguan langsung! Amazing! Tapikan cerita nie pada I tak best langsung la... macam ada slack..mmm.. tak adventure langsung. I have high expectation for this movie and it left me disappointed. Tak ada yang menarik save for the animation visual yang menarik. Tu je. Husband I siap doze off once in a while berserta dengan sound effect dia krooh krooh snoring kat sebelah. Nak tegelak pun ada because I bet the guy sitting next to him mesti notice....

At the end of the show some of the audience tepuk-tepuk tangan..muehehe...

Me : I saje letak title Tengok Wayang sebab kalau I letak title nama movie tu kang beduyun orang masuk sebab dorang ingat I nak review in details pasal cerita nih.

Thursday, March 11, 2010

Movie Mania

So this past days/weeks, I melepak nengok movie movie yang tertunggak. Reason why was because I kalau nak tengok movie ke series ke mesti kena ada feel dulu. Kalau tak ada feel memang tak jalan. Maknanya feel and mood menonton memang tremendous la sekarang nih. Ok let me start with movie yang I lama dah DL, kira save the best for last... title Julie Julia.

Julie and Julia
Wah cerita nie best la.. entertaining dari mula sampai abis. I tengok cerita nie asyik rasa lapar aje, bersemangat nak ikut project Julie nih. Cerita pasal Julie yang amat meminati Julia yang buat buku masakan. So Julie pun buat blog and challenge diri sendiri untuk masak masakan dari resepi Julia nie tiap-tiap hari selama setahun. So macam-macam la pekara terjadi and also kisah nie menceritakan bagaimana permulaan Julia nie boleh jadi chef famous and siap ada tv program masakan sendiri. And... the best part, it is a true story. Kalau korang suka masak and makan and feeling-feeling, this is a very good movie for you. I love it sooo much.

The Blind Side
Movie nie pun I dah lama DL but I couldn’t find the right time to watch until last Monday when I saw Academy Award where Sandra Bullock won the best actress for this movie. Malam tu I terus tengok. To me cerita nie biasa aje but ada moment yang touching. Kisah pasal Leigh Ann nie tolong budak Big Mike and ajak dia tinggal dengan family dia. Dia ambik Mike nie jadi anak angkat dia, encourage, bagi support dalam semua segi.. Ok la best la jugak. And again a true story.

Up In The Air
Cerita nie is different pasal consultant company nie was hired by a company yang nak buat orang. Touching pun ada and offcourse it was interesting because like I said it was so different from any movies that I watched before. Lakonan George Clooney pun best and I suka sebab cerita nie tak ada tunjuk orang lawa, handsome ke apa. Semua watak yang dipaparkan adalah mengambarkan rupa sebenar orang-orang kebanyakkan di dunia nih.

Nine Miles Down
I tak tau kisah nie pasal apa masa I mula-mula DL but cerita nie a bit horror, mystery and banyak question yang bermain-main dikepala. You don’t know who to trust or to believe. Kisah pasal this guy kira macam security police pegi menyiasat tempat scientist buat research etc kat tengah-tengah padang pasir but bila dia sampai situ dia tengok ada yang dah mati and berbagai-bagai kejadian pelik berlaku. Out of nowhere adalah pompuan seksi dan body yang sungguh menarik datang.. so bermula la kejadian aneh samada di kepala/minda dia atau betul-betul berlaku kat situ.

Tengok Wayang

I miss blogging so much, I do, but due to the time constraint (really?) and busy life style (hahaha), I couldn’t find the time to do so. Anyway this past few weeks I was so busy melayan movie/film/wayang/tor and also my project jahit menjahitan. Couldn’t wait to share with all of you how excited I am and my accomplishment.

But on this entry I want to talk about well the usual stuff, about people in the movie theatre. The other day we went to watched Percy Jackson And The Lighting Thief. Ingat orang dah tak ramai sebab cerita tu dah lama. But masa nak tunggu masuk bertimbun tungguh kat luar. Masa masuk kat dalam tu tekejut I tengok ada budak-budak merata-rata tengah belari-lari. I tengok jam dekat pukul 10pm (movie tak start lagi, abis tak abis pun pukul 12am) and I was wondering what were their parents thinking. Children as small as a few months to 3 years old. Dekat enterance clearly stated that budak 13 years and below tak boleh masuk. I pun tak paham kenapa pihak cinema didn’t do anything about it.

So anyway, masa nak duduk tu, I was sitting next to a guy wearing pink shirt. Bila keluar aje preview movie coming soon dia dah mula bercerita. I told my husband I nak tukar seat. Bila I tukar tempat duduk, pompuan sebelah pulak tengah makan sotong kering. Busuk la pulak, then I mintak tukar seat balik kat husband I hehehe. Lepas duduk I tiba-tiba rasa macam tak best duduk sebelah jantan lain. I think sebab dah lama I berkurung kat rumah kot. I cakap kat husband I, I nak tukar balik seat. Husband I kata nanti orang marah, I kata sapa nak marah, they are welcome to do so, beside wayang tak start lagi. I pun duduk la balik kat budak pompuan makan sotong busuk tuh..ceh.

Bila movie dah start, orang kat depan kita orang mula la berborak sesama dorang. Dah agak dah mesti ada sesial merata-rata. Tak lama kemudian ada budak mula menjerit dan bekejaran kat bawah, husband I geleng kepala. I kata tak apa budak-budak lagipun I rather budak-budak menangis kat panggung (with the exception of far away from me) dari dengar orang besar berborak. Sambil tu I masih boleh senyum lagi. But... not long into the movie, budak lelaki kat belakang start tanya-tanya mak dia, ingatkan sekejap, man was I wrong... from the beginning towards the end budak tu non-stop tanya mak dia pasal cerita tu and sibuk la mak dia explained. OMG, this is so unbelievable. Hati I tak tau nak cakap apa dah.. husband I bengang. Hilang all my concentration. Bloody hell! Macam mana la plan I nak tengok Alice in Wonderland 3D nanti..huhuhu.. So, don’t blame me or all of us if we continue to DL torrr and tengok DVD harrr... It is not that we want but situation yang “memaksa” us OK?

Me : btw, movie nie bestttt... I sukaa...very entertaining...

Wednesday, March 3, 2010

Busy Busy

I have been busy this past week. Banyak bende I nak share and gambar yang I nak publish tapi masa macam tak cukup aje, selain dari I yang agak kemalasan beberapa hari nih hehe.. Kelas pun dah bertukar from Tues and Thurs to Wed and Thurs, so it is quite pack. And I cuba menyiapkan dua baju dalam satu masa, iaitu, satu I buat and belajar kat kelas and satu lagi I try buat kat rumah. So memanjang la I kena siapkan dateline yang I target and set sendiri itu. Weekend aritu, I pegi Jackal kat Masjid India. Actually I ingat nak survey sebelum beli fabric kat situ. Kebetulan pulak ada sale on the first day, so husband I cakap beli aje kain untuk baju raya nanti. So I grab about 6 pieces of it plus thai silk untuk buat kurung riau yang I tengah belajar nih. Ini Siti la gives me the idea. Memula I tak nak beli but Siti kata cantik and seusai untuk buat kurung riau or pesak gantung or kurung pahang itu. Dia kirim beli bag tous macam I punya colour pink aritu. Tapi colour lain dah habis and yang tinggal colour hijau daun/pokok pisang. Since tinggal dua, I grab satu and satu I belikan dia.

Selain dari tu, I sibuk tengok wayang (nanti la I cerita perangai orang kat dalam tu macam biasa ;P), movies and series kat tor. I jugak sibuk mencari buku baru di beberapa buah kedai buku seperti Kinokuniya, Popular and ingat weekend nie nak cari buku baru kat MPH (ada discount for member) and Borders. I know, banyak lagi buku-buku I tak baca and plus yang borong masa BBWS a few months ago but nafsu membaca dan mengumpul buku ini sungguh hebat.

I masuk fb kejap-kejap aje untuk harvest and hantar gifts bebagai. And as usual fv sentiasa ada masalah yang tidak berkesudahan itu. Oh nanti la I cerita-cerita panjang sekarang nie I nak kena siap-siap for my class. I know I still have 1 1/2 hours to go but I need to choose or iron baju yang I nak pakai. Selain tu I nak kena check-check my work yang I buat masa weekend and also recheck my sewing stuff takut tertinggal. Ok ok nanti kalau dah siap I akan ambik gambar and also I akan publish kan baju yang dah siap a few weeks ago. Daaa.....

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...