Bunyi-Bunyian


Dulu-dulu I pernah complaint kat kawan-kawan cyber I pasal orang rumah atas selalu buat bising such as hentak-hentak kaki, belari, bunyi heret furniture tengah tengah malam or wee hour of morning, main baling guli berderai etc. Two nights ago I baca-baca paper yang dah berhari-hari tak baca. I punya tabiat memang macam tu, selalu lambat baca paper kadang-kadang lepas dua bulan baru I get around to do so. Anyway, I come across a story about the things that I complaint selama nie, about the noise from above and its turn outtttt.... to be the other “forces” katanya huhuhu... Dalam paper tu berbagai theory and discussion from both side yang sceptical and those yang try to debunk it. Rupanya bukan I sorang je ramai sebenarnya mengalami apa yang I alami. Then I teringat anak buah dan isteri datang rumah masa raya and dorang dengar bunyi guli jatuh kat siling. Wife dia kata, eh kat rumah kita orang pun selalu dengar bunyi macam nie, malam-malam pun selalu.

But after I baca artikel tu, I jadi suspense sebab artikel tu kata sebenarnya itu kerja jin...waaaaa.... and sebenarnya bunyi yang kita dengar kat atas siling tu bukannya kat atas siling tapi jin tu sebenarnya ada dalam rumah waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....takutttttt... I imagine I sorang-sorang kat rumah and jin tu peratikan apa I buat and kekadang ala-ala Nasha Aziz “free and easy” bila time nak mandi ke tukar baju ke apa...and all this while I kept on listening to all the stuff around me...oh my God! “It” was here all the timeeee watching me..... sadisssss....

Lepas abis je baca artikel tu, I dah rasa tak sedap hati, ditambah dengan “keseronokkan” menakutkan diri sendiri. Husband I kata, xde apa-apa la. Lagipun alim ulama cakap jangan risau benda tu harmless and tak kacau kita.. Tiba-tiba aje telinga I jadi amat sensitive dan sungguh peka, even bunyi kentut husband I pun buat I suspect nie mesti kerja jin. So anyway, bila time nak tidur (since I’m the last one to go to sleep as I’m an owl), husband I lama dah belayar ke lembah impian ketamilannya..I jugak la yang kena tutup lampu bilik. Then I teringat balik artikel yang I baca, bila I tutup lampu aje tiba-tiba suasana jadi gelap. I yang masih berfeeling-feeling mistik ini jadi gerun and tanpa berfikir panjang atau pendek I terus melompat ke katil dengan segala tenaga I. Serentak dengan itu kaki I yang bak bangau ini landing kat perut husband I yang slumberland itu. Disebabkan ada spring kat perut dia maka kaki I terangkat beberapa cm. Then dia tekejut, yela mimpi tamil dia kan terganggu, (mesti part dia tengah bertarik sari ngan heroin kat kebun bunga) dia tanya kenapa, I kata takde I ngeri je.

Petang esoknya masa kat kelas, tiba-tiba I teringat artikel yang I baca. I tanya-tanya student and cikgu I whether dorang pernah tak dengar bunyi-bunyi yang I selalu dengar. You wouldn’t believe it, all of them selalu dengar apa yang I dengar....dorang kata bunyi guli jatuh tu memang selalu la. Ada student sorang tu cakap padahal kat atas rumah dorang tak ada orang tinggal, lagi tragis tu. Balik dari class I cerita kat husband I and betapa rasa bersalahnya I selama ini terhadap neighbour kat atas sebab I asyik geram aje bila dengar bunyi bising and siap dengan sumpah seranahan yang boleh membuatkan mafia New York jadi gerun. Kalau terserempak naik lift, I selalu tarik muka masam and tak mo tegur dorang sebab hati kecewa dengan kebisingan dorang when all this while it was not them. Anak dorang macam nak friendly pun I pandang dinding lift tu. I felt so bad. Then masa kat parking kereta on the way nak naik kat rumah, tiba-tiba terserempak dengan husband dia sorang (macam tau-tau je I rasa bersalah). I terus tersenyum kat husband dia, sampai sakit muka sebab nak maintain lama, husband dia balas balik tapi macam panic je sebab mesti dalam hati dia terpikir, kenapa minah rimau masam nie tiba-tiba je over the friendly eh? Masa dalam lift, I cakap kat husband I, I senyum kat neighbour tu for the first time in my life. Husband I kata, dia selalu lambai kat husband I and husband I balas balik. Saje nak kasi I guilty in the first degree!

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku