Tuesday, March 23, 2010

Husband I

Last Friday balik dari kerja husband I ajak pegi klinik sebab I kan dah mula rasa macam tak sihat. On the way nak pegi tu, husband I cakap, on the way nak balik rumah ada seekor penyamun (husband I panggil mat motor atau mana-mana reckless driver either penyamun atau lanun etc.) marah kat a few cars termasuk kereta husband I. sebab penyamun tu nak lalu masuk simpang tak dapat (depan belakang dia ada kereta). Husband I biasala memang cukup anti dengan penyamun-penyamun nih. Dia kata dia sudah sakit hati sebab penyamun yang berbadan kecut kurus ada hati nak tunjuk lagak. Husband I pun ikut penyamun tu dekat-dekat, husband I cakap penyamun tu macam takut kat dia, kejap-kejap pandang belakang. Then bila penyamun tu masuk simpang lain, husband I tekan minyak kuat-kuat, konon nak tunjuk power.

Ok this is the conversation between me and him
I : oh ye ke? dia nampak kereta you somewhere, di garisnya nanti.
Husband I : Dia garis la kalau berani, I akan cari dia merata-rata and I akan patah-patahkan badan dia (masa nie nafas dia dah turun naik, geram konon, sambil tu kedua tangan dia buat aksi, patah dua sebelum memegang stering semula).
I : wah hebat you punya ambition.
Husband I : Betul kalau I dapat I akan pukul dengan kayu.
I : Banyak la kayu you nak cari (dalam hati, I membayangkan husband I masuk hutan dengan memakai kain pelikat atau short miskin kaler hijau dia tanpa baju, semata-mata nak cari kayu untuk pukul para penyamun-penyamun tu)

Husband I kan kalau drive dengan dia, memang kena pekakkan telinga atau divert dia punya attention pada benda lain. Kalau tak, sampai ketempat yang dituju pun dia tak abis-abis mengomel pasal driver bas ke, kereta ke motor ke (semua dia panggil either peyamun, hantu, lanun, pelesit). Tapi kalau dia buat salah, then I cakap, “hah tengok sendiri buat tak betul”. Dia akan jawap, “dia bukan selalu sekali sekala dan tak sengaja, then I balas. “What makes you think orang tu tak sengaja jugak”, dia balas, “ala dorang tu memang sengaja... I hanya mampu mengelengkan kepala, konon nak tunjuk I baik tapi kalau I marah kat driver lain abis semua I seranahkan. Part nie husband I suka sangat and bukan main lagi dia support I, sebab in a way, he was telling me that we are even and I think he wants me to be like him.

Me : I dah start demam, bersin dan hembuskan hingus aje at this moment
.

2 comments:

fiez^^fiezryn^^fiza said...

sis... klu dah start deman, bersin, hingus2 neh... amalkan mandi basuh kaki dolu... fiez adik bradik dr kecik memang mak ngan abah amalkan mandi.. mesti mula dr kaki....

Claudia said...

oh? thank you fiez, sis akan mula amalkan :)