Something To Talk About

Kan semalam I nak cerita apa yang husband I bualkan kat I kan...tak de la penting sangat or interesting sangat pun topic tapi saje je nak share sebab I think there is some truth to it. On the way balik dari klinik, kan I ajak dia pusing-pusing sebab I rasa macam best pulak cerita dia. It was started masa kita orang tengah stuck kat jem sekejap sebab budak-budak balik dari tuition malam tu kat one of the shophouses. Biasala parents dorang park merata-rata and some of them stop kat tengah-tengah jalan and seperti biasa both of us mengomel. We are definitely grumpy old couple *sadis. Then husband I cakap dia masa kecik-kecik pun ada pegi tuition atas kesedaran sendiri. Mula-mula dia tak tau macam mana nak solve maths problem but after he went to the tutor berbangsa cina, terus dia faham and after that everything was so easy. Tutor cina tu buat deal kat dia, suruh dia bawak kawan dia ramai-ramai and dia tak payah bayar tuition fee. Husband I pun bawak la kawan-kawan dia and sesen pun dia tak payah bayar cuma masa bulan pertama aje. Dia pegi tuition for about a year and dia cakap kalau masa belum pegi tuition dia dapat nombor tak bagus tapi lepas pegi aje dia terus dapat nombor satu from that onward.

Dia cuma pegi tuition for one year sebab lepas tu dia dah paham and belajar sendiri. Husband I cakap, dulu tak ada distraction and all he does was study sorang-sorang kat bilik. Bila nak start sekolah for next year, abis semua buku dia dah baca and dia berjaya solve any mathematic problem. Kira husband I nie, nerd and geek (memang nampak pun). So bila dia pegi class for the next year, kalau ada yang dia tak tau dia dah tau easily. Dan abang dia rajin belikan dia berbagai-bagai buku. Then dia cerita dia ada sorang kawan yang rajin belajar tapi parents dia tak pernah encourage dia pegi sekolah etc. Kawan bapak dia tak mau belikan dia buku untuk dia mengulangkaji pelajaran and garang sangat dengan dia. Parents kawan dia pun asyik begaduh with each other. Bila dia balik rumah asyik kena marah dengan bapak dia. Husband I cerita lagi, bila abis class aje, kawan dia akan pegi Masjid untuk belajar and baca buku sorang-sorang. Tak ada gangguan kan tapi budak nie memang determine.

Bila husband I dah abis belajar, husband I ada banyak buku technical etc and husband I bagi kat budak tu. Budak tu was so happy and husband I kata lepas tu dia dengar budak tu dapat top student and belajar kat oversea. Sekarang nie definitely dia dah hidup senang. Husband I pun tak tau sebab lost contact. My point kat sini was, everybody is not born stupid/dumb etc. tapi selalunya keadaan persekitaran and how your parents brought you up membuatkan who and what you are. Budak-budak memerlukan bimbingan/ support/ encouragement in order for them to growth well bukan merendah-rendahkan dorang or calling them such silly names ke apa-apa yang tak baik, it is not the right thing to do at all. But then again ada budak walau parents dorang macam hantu pelesit, treat them like a garbage and also with the environment that they live in tapi berjaya dalam hidup. Semua manusia dijadikan berbeza, but like I said all kids needs the encouragement and the right path. Opportunity and privilege is gold.

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku