Dah Siap


Akhirnya siap juga kebaya tradisional yang memakan masa selama 1 bulan untuk I siapkan... lama tu. Banyak halangan yang terpaksa I tempuhi, terutama sekali mesin jahit kat class yang weng weng itu memang cukup mencabar kesabaran I. Berbagai-bagai kata maki nista yang I hamburkan berbaloi juga. Tetapi sungguh buruk hasilnya, tetapi memandangkan I tak akan memakainya, so I tak peduli sangat. Jika di luar nampak amat buruk apalagi di bahagian dalamnya. Begitu juga dengan jahitan I yang ikut sedap hati dan I langsung xmo memperbetulkan kalau ada kesilapan yang berlaku. I memang tak mempunyai kesenian yang jitu. Mula-mula ingat xnak teruskan but like I said since I anggap it is just for practice and at least I dah belajar/dapat jugak knowledge or method nak membuatnya, I teruskan juga dengan menghabiskannya walau rasa nak bakar aja hasil kerja I ini.

Rasa macam xmo aja sambung belajar untuk buat baju yang lain tetapi memandangkan I sentiasa berhenti half way dalam apa-apa yang I lakukan selama ini, I berazam untuk menghabiskan pelajaran I. I kena kuatkan hati yang sudah mula bosan yang amat ini. Rasa macam nak gigit aje pekakas-pekakas jahitan berserta dengan kain, kertas, ruler, termasukla jarum peniti itu sekali.

Untuk pengetahuan gambar, baju tu terlebih besar dan utk nampak ramping I kelipkan belakangnya hehe...

Comments

Misz HoNey said…
pasneh leh la sis jait baju tuk manda..

ekekkeke
Claudia said…
boleh apa salahnya kalau nak tengok herot herot dan senget bahu sebelah hahahaha...

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku