Wednesday, November 18, 2009

Hari Nie dan Semalam


(cubaan membuat tudung di rumah)

Malas betul I nak berblog dua tiga hari nie. First kerana internet yang sangat slow disebabkan upgrade...katanya, kedua..I sibuk baca buku sambil berangan, ketiga.. I ingat nak tukar nama blog, macam tak best aje, keempat..I tak tau apa nak cerita, kelima..I busy la (sambil menyengaukan suara).

Last Monday, I pegi kelas macam biasa. I datang awal and cop spot yang strategic itu, depan aircond, meja ikea yang tinggi dan bawah lampu terang benderang. Start buat pola dan potong kain. I rasakan I suka sangat begurau and usik mengusik dengan student-student yang lain. Kita orang kan kecoh tau tapikan I rasa macam nak curb sikit my naughtiness. Tapi susah la nak kikis sifat tu. I know they don’t mind at all and bila I senyap mula la sibuk dorang kacau I balik, especially Siti tu, suka betul dia memberi gangguan seksual kat I (dah la kat rumah ada pemangsa yang unggul). Bila dia lalu sebelah I, ada je tangan atau pembaris dia slap atau cuit I punya bootylicious yang kerempeng ini. Kekadang dia main langgar aje I, nanti kau Siti the silicone. Tapi seronok berborak dengan dia. Ada je cerita interesting dari dia. I suka dengar. And pemikiran both of us sama especially towards certain people.

Hari nie kat rumah, I dah mula jahit tepi dan dats. And dengan penuh beraninya I dah potong untuk bahagian kain yang Aishah the kerek belum ajar lagi. Also I plan to jahit termasuk zipnya sekali. I tak tau kenapa I buat dulu (kalau salah xpe, I tak peduli, tak kuasa I nak pikir). Dan seperti biasa habis kain-kain tu I makin hamun, carut carit bagai bila ada part-part yang tak kena. Kalau jiran sebelah menyebelah tengok I dari cermin tingkap yang I bukak luas, mesti dorang tak berani jalan selisih dengan I. Yelah dengan tak mandi masih pakai pyjama dan rambut I clip macam mamasan. Lepas tu menyumpah seranah sorang-sorang. Kalau ada parang kat depan mata, sah-sah I kerjakan kain bodo tu. Masa tengah marah tu, sempat lagi I pikir kenapa la asyik-asyik stress dekat mende remeh nie. Susah la ada keturunan darah pendekar nih, semua bende I nak silatkan.

Husband I balik lunch tadi, I mengadu dengan wajah sedih penuh dramatik kat dia pasal kain tu ada tak kena masa I jahit tepi. Dia kata tak apa, jangan marah-marah and I masih belajar and kain tu is for practice. Lagipun dia kata lagi kain tu yang tak bagus, bukan I, pandai Mr Kuriapan memujuk dengan ayat manisnya.

Semalam I workout macam biasa for one hour and 5km. I ajak lagi Mr Vanavil tu join I dan seperti biasa, kalau aritu dia kata sakit kaki and the next day alasan dia sakit tangan sebab ghout, semalam pulak dia kata sakit perut. I kata macam mana boleh sakit perut. Dia kata, sakit perut lapar, ada aje excuses. I kata makan la dan exercise. Dia kata nanti.. banyak la nanti. I kata kang kena sakit jantung baru tau. Dan seperti biasa jugak, dia cakap aritu pegi medical check up, doctor kata perfect. Asyik tu aje modal dia. Then dia pegi kejap depan I yang tengah workout, buat-buat jogging dengan kain pelikat, tanpa baju dan sekali sekala bagi kucupan angin kat I adeeeihhh.. rasa macam nak geget aje.

As for makan...hehe.. don’t ask, let just say I langgar pantang sejak beberapa hari nie, termasuk hari ini, I masak mee hoon goreng dan makan tak hengat.. muehehe... Malam tadi I makan buah kiwi dan apple merah tapi sebelum itu I belasah 3 suap nasi dan ayam goreng kicap yang I masak tengahari semalam kat pinggan husband I kerana I dah tak boleh tahan melihat beliau makan penuh selera....

No comments:

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...