Monday, November 30, 2009

Kisah Seluar Short

(Kain cotton untuk buat short, murah aje RM 3.50 semeter, untuk buat short cuma guna dua meter sudah memadai)

Last Saturday, I dah plan tak nak keluar sebab I nak masak kat rumah and nak buat seluar short yang husband I has been requesting for quite some time. I told him I tak tau buat and belum belajar lagi. First time I buat untuk dia masa zaman dulu kala sebab I was so excited masa mula-mula dia belikan Imesin jahit. Masa tu dia suh I try buat tapi since I langsung tak ada basic, I tak buat proper and terus potong ikut seluar yang sedia ada and tersangat buruknya. Selain buruk, seluar tu pun senget benget dan nampak macam kain dhoti je..serious. So since I dah ada basic menjahit (although I tak belajar buat seluar lagi), tetapi memandangkan I dah ada confident and mendapat sokongan yang teramat luar biasa dari beliau, I pun memberanikan diri membuat.

(Mula-mula nak ambik gambar I try gantung kat hanger tapi tak dapat sebab pinggang seluar husband I besar hehe..)

Maka bermula la kisah si penjahit short di sabtu nan kelam itu. Dengan tak mandinya, pagi-pagi lagi I dah bangun sebab I tak sabar nak try buat. But this time I buat betul-betul proper, siap dengan pola/template (lukis kat kertas), mengukur pinggang husband I yang tak tau which one memandangkan sama je ukuran. Sambil I ukur pinggang beliau, sempat lagi jari ini, memicit perut si cute itu. Then dia pilih short yang dia selesa pakai untuk I jadikan contoh.

Tak ada susah nak buat cuma nak lukis pola tu letih dan lama sikit sebab nak adjust betul-betul. Then ada tak betul part pinggang tu sebab space untuk letak getah terlebih kecik, so I kena bukak balik jahitan kat bahagian tu. I suruh husband I buat sementara I buat bende lain. Terkemut-kemut dia meretas benang tu, sian I tengok then I ambik dari dia, I buat cepat-cepat. Then husband I pegi toilet untuk urusan penting dia. Bila business dia dah abis, dia datang kat I, nak try, I kata no way sebab masa tu tak letak getah lagi. Tak lalu I nak jahit nanti hahaha.. Lepas siap aje, cepat-cepat dia mandi and nak try. Lepas mandi terus dia pakai. Dia kata cantik dan sangat selesa. I rasa sungguh terharu, rasa puas hati with my accomplishment walaupun tak seberapa ini.

(Seluar short yang kedua)

Lepas tu both of us had our late lunch kat luar sebab husband I tak kasi masak. Dia tau bini dia penat buat seluar untuk dia. Buat seluar ke or anything yang simple, asal namanya membuat/menjahit pakaian memang memenatkan. Otak pun penat sebab nak memikirkan selok belok or nak adjust apa-apa yang patut. Betull.... Balik dari late lunch I made another one, tapi yang nie tak lama sebab dah ada template, I lukis kat kain, gunting, jahit tepi and jahit biasa, then masukkan getah... voila! Siap yang kedua, lepak-lepak kejap then husband I ajak dinner dalam pukul 9.30pm. Masa tengah makan husband I cakap underneath his long pants dia pakai seluar short yang I baru buat, I kata ye ke?. Then dia angkat baju dia sikit tu revealed short tu. I rasa macam nak gelak aje.. appreciate la konon, pandai ambik ati I.. hahahaha...

Lepas makan, buat marketing sikit then balik....

2 comments:

fiez^^fiezryn^^fiza said...

sis.......hehehehe so cute la itu seluar........ congratulation.... !! teruskan usaha..

Claudia said...

thank you hahahaha....macam kelakar je... hehehe