Shopping With The Girls

Sampai je kat sekolah semalam, I terus naik and melepak kat situ sementara tunggu Siti datang. When Siti arrived, we have to wait for a while because somebody (future student) is coming to meet with Mek Ti and planning to join the class. After that, kita orang terus ke TAR/Masjid India. Mula-mula ke Butik Ariani. Berbagai-bagai jenis tudung kat situ and ada jualan on some of it, such as buy one free one. Tapi harga pun boleh tahan jugak. Kalau buat sendiri or even upah orang buat, lagi murah sebab we wouldn’t charge that much. Tapi sebab butik offcourse dorang kena mark up the price sebab nak bayar pekerja lagi, sewa butik, this and that, so I understand kenapa la harga tak sama, lagipun berjenama punya barang. Pompuan-pompuan memang ramai kat situ. Then the three of us proceeds to Kedai Jackal, kat situ pun ramainya manusia. Dorang tak kerja ke? Siti bought a few kain jersey kat situ sebab ada customer upah dia buat tudung. I belek belek aje, mula-mula ingat nak beli satu kain buat blouse but I changed my mind sebab nak tengok kat tempat lain lagi.

Habis membeli kat Jackal, kita orang makan kat Restaurant Insaf. I belanja dorang sebab I yang ajak makan situ, lagipun Mek Ti bawak kereta. The least I can do. Then we went to Kamdar. I dah promised myself not to membeli lebih dari satu kain sebab last Saturday dah beli banyak. Tapi janji tinggal janji pelsu pada diri sendiri. I”terbeli” satu kain jersey dan beberapa kain cotton jepun Huhuhu... tak kusangka tapi sudah ku agak aku tewas jua dengan hasutan napsu ini... nak buat blouse la kekonon...yela tu, belajar pun belum lagi tapi confident yang amat. On the way nak balik dalam kereta, husband I called, dia cakap dia balik awal and nanti dia akan ambik I kat sekolah. Dia dah siap-siap beli dinner... maceh..

Balik rumah I rehat-rehat sekejap and bersiap-siap nak tengok The Biggest Loser Asia. I hope yang ibu tunggal tu terpilih, kesian dia, macam-macam dia dah buat tapi tak jugak kurus-kurus. Tapi I tak concentrate sangat sebab tengah sibuk explore facebook. Banyak bende yang I masih confuse especially bila nak balas comment... abis I cari and click merata-rata..hahaha I try Farmville and then I try cafeworld macam kid’s games aje... oh well.. what do I expect? Maybe kalau dah main lama-lama akan jadi best kot? But I do hope I don’t become addicted to it tapi perasaan tamak haloba datang secara tiba-tiba haha...

Anyway, I had such a great time yesterday, shopping with the girls. It was so much fun and loud as usual. Hope to do it again in the future...

Comments

rizz said…
best la gi jln tar..lamanya x pegi....
Claudia said…
a'hah... rambang mata rizz...

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku